CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Makan Lutut Sendiri, Hidang Bersama Spageti

13-5-2023 10:08 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 952| Komen: 6

Madrid, Sepanyol – Seorang pesohor media sosial di Sepanyol mengaku menambah tulang rawan lututnya sendiri ke dalam hidangan spageti bolognese sebelum memakannya bersama teman lelaki, lapor laman berita Wion News semalam. 


Menerusi podcast Club 113, Paula Gonu, 30, memberitahu bahawa sebahagian tulang rawan lututnya yang dipanggil meniskus, telah dibuang semasa pembedahan kerana kecederaan.

Selepas pembedahan, Paula memberitahu doktor bahawa dia ingin membawa pulang tulang rawan itu.

Paula dan pasangannya, Arnau memakan tulang rawan lutut itu bersama spageti bolognese. 

Doktor menggunakan alkohol untuk mengawet bahagian lutut Paula supaya tahan lebih lama.

Seminggu kemudian, ketika bergurau mengenai bahagian lutut yang disimpan bersama teman lelakinya, Paula terfikir untuk memasak meniskus tersebut.

“Saya memberitahu bahawa saya ingin memakannya kerana ia sebahagian daripada badan saya. Kemudian saya memasak spageti bolognese dan kami memakannya,” kata Paula.

Paula mempertahankan tindakannya dengan mendakwa bahawa orang ramai yang memakan tulang haiwan adalah lebih teruk. Katanya, memakan bahagian badan sendiri tidak boleh dianggap tabu.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 15-5-2023 08:07 AM
iols imagine sheols toreh sendiri urat tu time nak masak. lol.
Quote midori888 15-5-2023 08:08 AM
dah takde benda lain ke nak makan pun
Quote hayrin86 15-5-2023 09:03 AM
Tidak masuk akal.. Cuba makan daging tumbuhan.. Mana tahu bernafsu makan lagi..
Quote bitterchoc 15-5-2023 10:14 AM

Bak kata mendiang Samy Vellu "Sekarang banyak orang sudah gila."
Quote B40tastePosh 15-5-2023 10:18 AM
Bagus tak membazir
Quote _blackbird 15-5-2023 10:50 AM
BoongaKertas replied at 15-5-2023 12:07 AM
iols imagine sheols toreh sendiri urat tu time nak masak. lol.

aku pon.. aku pon...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.043541 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top