Ketika kemelut rumah tangga pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle menjadi bualan, nama pelakon Ahirine Ahirudin turut terkena tempias apabila dikatakan sebagai orang ketiga. Menafikan segala tuduhan yang dilemparkan, Ahirine, 27, berkata dakwaan tidak benar yang tersebar itu juga telah mencemarkan nama baiknya sebagai seorang pelakon baharu.
"Saya hanya kongsi gambar berdua untuk mempromosikan filem lakonan kami (bersama Farid). Tetapi orang menilai mengikut kemahuan mereka. "Memang rasa down apabila ada yang bercakap buruk. Ia menjejaskan imej selain menimbulkan satu persepsi lain terhadap saya. "Namun saya juga percaya ia memberi satu pendedahan kepada saya. Apa pun saya kena hadap kerana ini asam garam dunia hiburan," katanya kepada mStar. Pelakon Remp-It 2 ini ditemui ketika sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) yang berlangsung di Stesen Keretapi Kuala Lumpur pada Jumaat.
Kata Ahirine dia juga terkejut apabila mendapat tahu mengenai keretakan rumah tangga Farid dan Diana dan berharap semuanya dapat diselesaikan secara baik. "Saya dan Farid hanyalah kawan. Kami hanya berhubung secara profesional jika ada training Muay Thai atau lumba motor kerana itu minat bersama. "Saya sendiri terkejut mereka mahu berpisah. Ini satu perkara yang besar dan kesian kepada anak-anak. Saya harap semua ini dapat diselesaikan dengan baik," ujarnya.
|
apedehal replied at 14-5-2023 03:20 PM
Whuayus???org thai ke ni? Cantik songket thai
ADVERTISEMENT