Pelakon sensasi, Sophia Albarakbah, 30, tidak pernah menyorok teman lelakinya yang mesra disapa Mr Doctor. Kehadiran Sophia yang ditemani Mr Doctor pada majlis pelancaran Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 di Stesen Keretapi Kuala Lumpur tentunya mencuri perhatian ramai, apatah lagi, Mr Doctor mudah mesra dan 'sporting'.
Sophia berkata, dia terbuka jika teman lelaki mahu menemaninya menghadiri mana-mana acara hiburan. "Sebenarnya, saya serahkan kepada teman lelaki. Kalau selesa, dia boleh temani saya. "Jika tidak, tak mengapa jika enggan ikut. Saya biarkan teman lelaki membuat keputusan," katanya kepada BH Online. Mengulas sama ada Mr Doctor bersedia berhadapan dengan orang ramai dan pada masa sama, terkena tempias populariti, Sophia berkata, dia tidak risau memandangkan teman lelakinya seorang yang tenang. "Dia okay dan seorang yang tenang. Sepanjang kontroversi yang berlaku sebelum ini, teman lelaki kekal tenang. Dia lebih memikirkan soal pesakitnya daripada perkara lain," katanya kepada BH Online.
Pelakon drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu berkata, dia tidak pernah menyangka namanya tersenarai dalam empat kategori dalam pencalonan awal ABPBH 35.
|
selipar_hijau replied at 13-5-2023 07:33 PM
Apo bondo yg disumbat nya dalam poket seluar tu bro ketul batu ke?
doubleA replied at 13-5-2023 07:39 PM
Iols rasa botol air
DeLuna85 replied at 13-5-2023 05:42 PM
Terpaksa tayang
Buritan replied at 13-5-2023 08:48 PM
Dua dua tekup punai Dan pepek..
doubleA replied at 13-5-2023 07:39 PM
Iols rasa botol air
ADVERTISEMENT