CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mamat Uji Kemampuan Dalam Mega Spontan

13-5-2023 05:26 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 721| Komen: 4

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak, Mamat Sepah terpaksa melepaskan tawaran untuk penggambaran program kembara ke Jepun bersama kumpulan Sepahtu kerana terbabit dalam program Mega Spontan.

Mamat berkata, dia memilih untuk menyertai program Mega Spontan kerana ia berkonsep pertandingan yang menguji kemampuannya.

Menurutnya, sebelum diterima menyertai Mega Spontan, dia terlebih dahulu terbabit dalam program Spontan Raya.


"Rakaman dibuat sebelum Ramadan. Dari situ, pihak Astro ada tapisan lagi kerana kali ini membabitkan pempengaruh sosial. Selepas Aidilfitri barulah saya diberitahu terpilih untuk program ini.

"Kali terakhir saya sertai program Astro ialah pada 2018. Awalnya saya tak terfikir nak masuk kerana program spontan ini seram. Tapi saya memang dah ada pengalaman spontan pun.

"Bermain di pentas sebelum ini pun kiranya 50 peratus spontan samada Raja Lawak atau Maharaja Lawak Mega (MLM). Kita cuma reka cerita, rangka cerita secara spontan," katanya.


Mamat berkata, Mega Spontan memerlukan dia menjadi spontan sepenuhnya dan dia mencabar diri keluar dari zon selesa.

"Saya dengar konsepnya berkumpulan. Jadi tak adalah seram seperti Super Spontan. Kami boleh kongsi kekuatan masing-masing sebagai kumpulan. Ia berbeza dari macam sebelum-sebelum ini.

"Apapun perasaan seram tetap ada. Dalam diri saya tetap kena ada perasaan seram. Tak boleh 'over confident' kerana nanti tak jadi. Kalau kita ada perasaan seram, atas pentas akan terjadi 'outstanding' luar kotak," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 13-5-2023 05:58 PM
Another program yang entah hape2, mesti ada sesi gelak2 syok sendiri walaupun orang lain tak gelak. Tutuppppp TV bak kata diva AA.

Nak2 peserta semua dari bidang komedi, maksudnya semuanya tak herlok la tu. Sampai pembantu rumah pun lari tak larat nak layan anak2 yang tak comey langsung (read fart bocei).

Quote cikatilia 16-5-2023 11:09 AM
aku geli bini dia muka mcm kena rendam dlm clorox..
spesis2 adira / eina azman....
Quote Lavender_Violet 16-5-2023 11:39 AM
Baca tajuk aku ingat Mamat Exist..
Wahh...Mamat Exist muka serius tu cuba nasib jadi pelawak pulak ke?
Rupanya Mamat Ex Sepahtu yg nan hado jah!
Quote edoraixora 16-5-2023 11:45 AM
marahlah jep nanti
arituh jep dah cakap dah, jangan nanti kensel last minute, dah beli tiket segala bagai
ropenya memang kensel

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.056075 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top