Pelakon Nadhir Nasar menafikan dakwaan bahawa dirinya kini sedang bercinta dengan anggota kumpulan Dolla iaitu Angel. Kata Nadhir atau Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 27, hubungan mereka hanya sekadar kawan dan komunikasi di media sosial bukanlah sesuatu yang serius di antara mereka.
"Tiada apa-apa yang istimewa. Kami hanya sekadar kawan. "Kami sekadar berbalas komen sebagai kawan," katanya ketika dihubungi mStar. Gosip antara Nadhir dan Angel atau Angelina Chai Ka Ying, 22, mula timbul apabila mereka saling berbalas komen di media sosial termasuk menggunakan emoji yang sama. Tambah nadhir, mereka tidak pernah bekerjasama dalam mana-mana drama atau apa projek namun terbuka untuk digandingkan bersama. baginya, sekiranya peminat suka melihat mereka bersama, jadi tiada masalah untuk mereka bekerja berdua. "Doakan kami boleh digandingkan dalam mana-mana projek. "Kalau peminat suka melihat kami berdua, apa salahnya kami tampil bersama," ujarnya. Dalam masa yang sama, pelakon drama Projek: High Council ini akui terkejut kisah mereka mula menjadi perhatian ramai. "Saya pun terkejut bila orang mula bercakap fasal ini," jawabnya ringkas. Sumber: mStar |
dudaberhias replied at 13-5-2023 10:31 AM
iols takut kat belakang angelina tu buat2 muka yekkk je bila di katakan kapel dengan si nadhir...
d ...
kalchi replied at 13-5-2023 04:41 PM
Nadhir ni terserlah kepoyo-an dia kt post post ig.
ADVERTISEMENT