CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Liyana Jasmay Puas Hati Dapat Berkhidmat Untuk Ibu Buat Kali Terakhir

12-5-2023 06:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1938| Komen: 12

Pelakon, pengarah dan penyanyi, Liyana Jasmay yang kehilangan 'kawan baik' tidak menyangka penyakit dihidapi arwah ibunya menyerang dengan terlalu pantas.

Bagaimanapun, pelakon filem Papadom itu reda dengan pemergian arwah yang mengikut jejak langkah bapanya, Allahyarham Datuk Jasmay Md Shah yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada 2021.



BH Online

"Arwah mulanya hanya mengalami sakit mata, malah sempat menjalani pembedahan mata di sebuah pusat perubatan swasta kerana mengadu pandangannya kabur.

"Pada 28 Mac lalu, saya membawa arwah ke unit kecemasan kerana kelihatan pelik seperti tidak dapat mengimbangkan badan.

"Dari pemeriksaan doktor mendapati terdapat tumor pada otak arwah, Dalam masa tidak sampai dua minggu, mama tidak boleh bercakap dan kemudiannya, dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya ketika ditemui pada majlis pengebumian arwah ibunya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemensah, Hulu Klang, petang ini.


Liyana berkata, ibunya dirawat di Wad Kebergantungan Tinggi (HDW), HKL sejak 14 hari lalu dan keadaannya lemah.

"Sebenarnya saya rasa tidak sedap hati sejak Khamis lalu apabila melihatkan keadaan arwah semakin lemah.

"Sejak Isnin lagi, arwah memang sudah tidak sedar. Saya minta pihak hospital supaya sentiasa mengemaskini keadaan kerana tidak mahu arwah 'pergi' berseorangan.

"Alhamdulillah, pihak hospital menghubungi saya jam 4.30 pagi memaklumkan keadaan arwah tenat. Kami empat beradik dan menantu berada di sisi saat arwah menghembuskan nafas yang terakhir," katanya kepada BH Online.

Ujar Liyana lagi, walaupun sedih atas kehilangan arwah, namun berpuas hati dapat berkhidmat untuknya buat kali terakhir.

"Saya puas hati dapat menjaga arwah selama 11 hari di rumah kerana mama tidak mahu pembantu rumah menjaganya.

"Jadi, saya bawa arwah tinggal bersama saya. Agak mencabar juga kerana perlu memberi arwah makan menerusi tiub.

"Saya rasa mama terlalu rindukan arwah papa," katanya.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Habsah selamat dikebumikan selepas solat Jumaat.

Selain Liyana, 35, Habsah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Juzaili Jasmay, 46, Faradilla Jasmay, 43 dan Adriana Jasmay, 41.

Turut hadir penghormatan terakhir termasuklah Datuk Rosyam Nor, Datuk Afdlin Shauki, Zul Huzaimy, Zul Ariffin, Gayatri Su Lin Pillay, Datin Paduka Umie Aida dan ramai lagi.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 12-5-2023 07:00 PM
Salam takziah
Quote imanjannah 12-5-2023 07:07 PM
innalillahwainnalillahirojiun
Quote awenda507 12-5-2023 07:46 PM
Salam takziah. Dua2 parents dia kanser.
Quote sleepandream 12-5-2023 08:14 PM
liyana ni anak bongsu yer...
salam takziah
Quote edayildiz 12-5-2023 08:17 PM
takziah nana..xtau pulak bapak dia pun dah meninggal..tertinggal train sungguh i ini
Quote ezacbee 12-5-2023 08:20 PM
Ada zul, ada gaya.

Takziah liyana.
Quote elaisyah 12-5-2023 09:47 PM
takziah LJ, semoga kematian menjadi iktibar utk kita yang masih hidup.
Quote babyleo68 13-5-2023 04:25 AM
Salam takziah. Semoga LJ kuat dan tabah
Quote marchikobonzo 13-5-2023 11:03 AM
Salam takziah
Quote orkidorkido 13-5-2023 08:23 PM
Salam takziah
Quote awexgaban7 14-5-2023 09:26 AM
salam takziah...
Quote safieyah1984 15-5-2023 10:49 AM
sedih jek kalo xdah xde tempat bergantung, i ingat lagi tahun dulu masa tu ada wawancara dia dng meletop ke apa tah dia cite yg dia ni x reti basuh pinggan yelah anak org kaya kan anak dato semua pembantu yg uruskan tp yg i paling ingat arwah mak dia ada cerita yg walaupon diaorang ada ramai pembantu rumah mak dia yg akan suap makanan pakai tangan dekat semua anak dia baru kasih sayang mengalir dalam tubuh anak2 katanya lah, i rasanya liyana ni rapat dng mak dia sbb masa study kat oversea pon mak dia yg temankan

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.097565 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top