CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aizat Amdan Malas Upload Gambar Atau Video, Sakit Hati Dikutuk Badan Gemuk Muka Hitam

12-5-2023 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3429| Komen: 36

Aizat Amdan  kurang berkongsi perkembangan di laman sosial bagi mengelakkan isu body shaming atau menghina fizikal.

“Body shaming macam awak boleh cakap saja badan kau dah naik, muka kau dah hitam. Bukankah benda sebegitu tidak sedap untuk didengar berulang kali.


Foto: IG

“Mula-mula memang saya tepis dan tak ambil endah sampailah ada suatu masa isteri saya turut mendengar perkataan sama disebut-sebut.

“Jadi saya luahkan keadaan sebenar yang saya rasai itu kepadanya dengan mendedahkan benda itu memberi kesan kepada emosi saya.

“Malah itu mungkin antara sebab saya ambil pendekatan kurangkan berkongsi perkembangan di media sosial,” katanya kepada Kosmo.



Tambahnya, “Contoh kurang menyenangkan mengenai fizikal saya apabila sampai sekarang saya buat persembahan di festival, orang datang cakap tentang badan saya.

“Saya faham (orang nak tahu) tetapi masalahnya sekarang mereka pun kena tahu yang body shaming sudah tak cool.

“Kenapa nak sebarkan dosa sampai semua orang kena body shaming?” luahnya lagi yang mengakui mendapat sokongan penuh isteri, Elyssa Alia Ilias dalam melalui situasi sebegitu.

Ketika awal kemunculan di Akademi Fantasia musim lima Aizat pernah ‘berisi’, namun gigih mengikuti rutin senaman dan mengamalkan gaya hidup sihat hingga mampu mencapai berat ideal.



Begitupun, selepas empat bulan mendirikan rumahtangga, satu video dimuat naik seorang pengguna TikTok menunjukkan penyanyi berusia 34 tahun itu membuat persembahan di khalayak ramai yang mengundang komen netizen.



Segelintir memperkatakan perubahan tubuhnya yang didakwa kembali kepada asal, namun ramai peminat mempertahankannya.

Rata-rata menyatakan lelaki yang baharu bergelar suami kebiasaannya melalui fasa serupa kerana sedang diulit bahagia.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 12-5-2023 06:34 PM
yg kutuk ko tu pun lagi gemuk dan hitam dr ko, hati pun hitam
Quote dudaberhias 12-5-2023 06:38 PM
macam mana boleh gemuk balik?
isteri gigih menyumbat makanan ke tu...

slow2 la kawal pemakanan...

Quote rayray28 12-5-2023 06:45 PM
Sebelum khwin dh mula membesar balik kan..mase g us tu gigih karatkan rambut semua nk bg nmpk ala2 mcm penyanyi kulit hitam ..tp nmpknya x menjadi projek kt sana kot kembali laa ke sini
Quote DeLuna85 12-5-2023 06:54 PM
Sayangnya dah kurus tiber besar mcmni.
Quote izat123 12-5-2023 06:58 PM
dudaberhias replied at 12-5-2023 06:38 PM
macam mana boleh gemuk balik?
isteri gigih menyumbat makanan ke tu...


Selalunya yang pernah gemuk dan jadi kurus kalau tak jaga memang akan gemuk balik. Ada member aku dua tiga orang yang plus size then kurus pun lepas kahwin anak dua tiga dah gemuk balik. Sebab benda berkait metabolism juga kalau dah stop bersenam jaga makan apa semua memang naik balik lah.
Quote PULANGKAN 12-5-2023 07:32 PM
abang aku masa sebelum kahwin, maintain kurus, fit. tak pernah gemuk

lepas kahwin je amik kooo. bolat bolat
dapat anak pertama, lagi la bolat

sekarang ni, dah kurus balik.
aku pun termakan orang kata gemuk ni fasa lepas kahwin
Quote awenda507 12-5-2023 07:36 PM
Kusss semangatt bdn aizat nijam
Quote sleepandream 12-5-2023 08:19 PM
betul la org kata nak kurus tu senang... tp nak menten tu... kene istiqomahhhhh
Quote Carcosa 12-5-2023 09:39 PM
Dia bila dah kurus from gemuk tu, bila rasa badan dah start nak naik sikit2, kena sedar diri, and do something. Tak boleh redha, husnuzon dan tawakal je. Contoh kalau masa Raya kau makan membuak2, it's ok, setahun sekali kan. Tapi dahabis Raya tu, kau jagalah makan, and exercise. Takboleh la terus terusan membuak. Tu pun kalau nak jaga health la.
Kalau taknak pun takpe. Yelah, org2 gemuk ni kan suka ckp "Walaupun aku gemok, aku healthy".



Right
Quote cm_vungtau 12-5-2023 09:41 PM
Bila dia gemuk muka dia jadi macam muka budak nakal Bila kurus nampak serius pulak
Quote drivethru 12-5-2023 11:06 PM
Laki bini busuk.
Quote edayildiz 12-5-2023 11:09 PM
mak mertua dia so lawa ok..mix omputih..tp x menurun sgt kt ank sbb lakinya mamak kot..
ok la tu aizat..ko comel gemuk
Quote edayildiz 12-5-2023 11:11 PM
mak mertua dia so lawa ok..mix omputih..tp x menurun sgt kt ank sbb lakinya mamak kot..
ok la tu aizat..ko comel gemuk
Quote TomyamPuteh 13-5-2023 12:02 AM
Gemuk dan duit berkepuk lagi ok dari kurus tapi dok meratib bila duit bantuan Rahmah nk masuk akaun.
Quote Suchi 13-5-2023 12:21 AM
dudaberhias replied at 12-5-2023 06:38 PM
macam mana boleh gemuk balik?
isteri gigih menyumbat makanan ke tu...


Sebab dia bukan sedut lemak, masa dia kurus tisu lemak tu cuma mengecut ja
Tubuh kita ada history kalau penah berisi sejarah mungkin berulang bila tak konsisten jaga badan tu
Sbb tu la nk turunkan berat mudah tp nak kekalkan tu yg payah.
Sampai bila kita mampu konsisten ye dak? Lelagi yg bujang2 ni akan lalui fasa kawen, mengandung dan melahirkan.
Akan ada fasa turun naik berat badan tu.
Tp tak mengapa nnt usaha balik turunkan berat tu. ia bukannya kecacatan kekal.
Quote anony-mous 13-5-2023 12:33 AM
izat123 replied at 12-5-2023 06:58 PM
Selalunya yang pernah gemuk dan jadi kurus kalau tak jaga memang akan gemuk balik. Ada member aku  ...

Sbb sel lemak tu cuma mengecut bkn terus hilang. Sbb tu tendency nk gemuk lebih mudah. So let say berat korang skrg 65kg, n rasa gemuk, sila la pertahan kan jgn bg lebih naik sbb sel lemak selamanya di bdn. I wish i knew this before naik berat dlu. Seksa nk menten bila berat turun
Quote krukx 13-5-2023 12:40 AM
Mungkin masa bercinta pastu kawin, selera makanbuak2. Tak kan nk pandang je bila bini makan. Kalau gemuk tak ada penyakit tak apa. Tp kalau family ada history diabetes, high BP, sakit jantung...mmg kena la do something. Takut nnti alih2 kena heart attack
Quote ezacbee 13-5-2023 01:27 AM
Pegi gym cam ameng. Dah fit baru syok menyanyi. Ni gemok2 semput kang. Nanti bila dah sakit baru nyesal. Bertambah kepam.
Quote babyleo68 13-5-2023 04:27 AM
Ingat kan syamel tadi

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.038031 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top