Kekasih kepada penyanyi Shila Amzah selamat menjalani pembedahan kecil membuang ketumbuhan pada bahagian kepalanya di sebuah klinik swasta di Kuala Lumpur pada pagi Jumaat. Kata personaliti media sosial Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, dia mula menyedari ketumbuhan tersebut sejak tiga tahun lalu. Atas nasihat doktor dan bimbang ketumbuhan itu semakin membesar, Ubai mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan. "Hanya pembedahan kecil sahaja membuang ketumbuhan di bahagian kepala. Saya dah mula kesan sejak tiga tahun lalu masalah ini. "Ia semakin membesar dan doktor juga nasihatkan supaya buang agar tidak menjadi lebih besar sebab itu saya lakukan pembedahan," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.
Terdahulu, Ubai memuat naik gambar ketika dan selepas menjalani pembedahan itu di Instastory miliknya. "Syukur semuanya selesai. Sekarang tengah berehat lagi dan masih dalam keadaan lemah lagi," ujarnya ringkas. Sumber: mStar
|
imanda replied at 12-5-2023 05:57 PM
boleh ehh amik gambo tgh bedah?
CurangLagi replied at 12-5-2023 06:45 PM
Adik ubai meninggal psl apa eh?
nazriatie: Sheila ni selekeh betul..rimas ...
LadyCarefree replied at 12-5-2023 08:35 PM
I dont think that's an operation theater. Lebih kepada procedure room. Bedahlah sangat.
asfaz replied at 13-5-2023 09:24 AM
Tpi sis,masa mil ai sakit ai pernah tau amik gbr keadaan luka dia sb nak tunjuk kat adik beradik l ...
nazriatie replied at 12-5-2023 10:59 PM
Sheila ni selekeh betul..rimas tgk dia pakai tudung tutup pipi n dagu..sikit lg nk tutup terus 1 muk ...
ADVERTISEMENT