Ameng Spring yang kini bukan Ameng yang dahulu lagi dengan tubuh badan yang ideal serta kelihatan lebih sasa. Berkongsi mengenai perkara itu, penyanyi berusia 54 tahun itu berkata, dia kini mula menjalani kehidupan sihat dengan melakukan senaman di gimnasium sejak tahun 2016.
“Sebenarnya sebelum ini saya mengalami masalah berat badan jadi sebagai seorang selebriti, kalau boleh tak mahu perkara ini berlaku, mulanya untuk kempiskan perut saja tapi lama-kelamaan rasa seronok pula untuk bina badan. “Sekarang ini boleh dikatakan hari-hari saya akan habiskan waktu di gim dan menjadi rutin harian sejak daripada 2016 sekiranya saya kerja di luar pun saya akan hotel yang ada gim,” kata Ameng pada mStar. Dalam pada itu, Ameng berkata, keyakinan serta staminanya untuk menyanyi juga bertambah baik sejak dia memiliki bentuk tubuh ideal ini. “Alhamdulilah sejak berbadan sasa ni keyakinan saya pun bertambah bila berjumpa dengan orang ramai malah suara saya pun makin mantap dan boleh menyanyi empat hari berturut-turut,” ujarnya. Sumber: mStar
|
doubleA replied at 13-5-2023 01:40 AM
Ameng nampak berubah sejak keluar penjara, pergi la tekel aaida balik
Gurau je, acik sabaria ...
kechikchomel replied at 13-5-2023 08:44 AM
wife dia yg sekarang ni bukan kena masuk penjara/tahan sekali dgn dia ke pasal kes dadih tu?
iolss ...
doubleA replied at 13-5-2023 10:36 AM
Tak silap tertangkap sekali, tapi tak masuk penjara, ameng je masuk penjara. Tapi acik sabariah sa ...
September14 replied at 12-5-2023 05:21 PM
Bagus nya… tua2 g gym bkn snng. Penat
moonela replied at 13-5-2023 09:44 AM
Antara penyanyi yang vocal paduu.. Lagu sejiwa antara peberet..
https://youtu.be/mqDmHYJziGo
tenggiripink replied at 13-5-2023 11:45 AM
setia acik sabariah ye
kechikchomel replied at 13-5-2023 10:45 AM
haaaa...iye la tu. sebab iolss macam terbayang2 ada laki bini ni naik black maria together2.
ntah ...
ADVERTISEMENT