Kisah pertemuan seorang wanita, Nurhazirah Radzali, 29 dengan jejaka yang kini suaminya, Manuel Lucas Malcher, 30 atau nama Islamnya, Tamim Malik, di Jerman sejak April 2020 mendapat perhatian netizen.
Menurut anak jati Shah Alam, Selangor itu, mereka berkenalan ketika belajar di Regensburg sebelum beralih ke fasa lebih serius setelah tiga bulan berkenalan. "Dulu saya kenal suami masa belajar dekat sana tapi bukan satu universiti. Saya kenal dia online (dalam talian). Beberapa hari kemudian dia ajak berjumpa dan daripada situlah kami mula kenal lebih rapat. "Selepas tiga minggu tempoh perkenalan, suami ajak saya berkahwin. Masa beritahu ayah, dia cakap habiskan study dulu barulah kahwin. Tapi tak sangka pula bila balik Malaysia negara kita dilanda Covid-19 jadi suami tak boleh ikut sebab negara kita lockdown. "Jadi kami terpaksa tangguhkan untuk berkahwin sampai Malaysia umumkan pelancong asing boleh masuk pada April 2022. Jadi sejak boleh berjumpa tu, barulah kami buat rancangan nak cari tarikh bernikah," ujarnya yang senang disapa Zira.
Bercerita lanjut kepada mStar, setelah mengharungi pelbagai rintangan, mereka akhirnya diijabkabulkan pada 19 Ogos 2022. Ujar Zira yang merupakan suri rumah sepenuh masa, Tamim sudah mengenali dan mendalami tentang Islam menerusi pelbagai platform di Internet sebelum berkawan dengannya. "Sebenarnya sebelum kenal saya lagi dia memang sudah minat dan belajar solat and puasa cuma belum betul-betul buat secara sah. Lepas dah mengenali saya, barulah dia pergi masjid dan jumpa ustaz untuk mengucap dua kalimah syahadah. "Suami banyak membaca tafsir al-Quran dan buku tentang hadis. Selain tu, dia suka dengar ceramah di YouTube terutama sekali pendakwah terkenal Jerman, Marcel Krass. "Bab solat fardu dia belajar sendiri. Tapi bab solat sunat saya ada ajar dia sikit-sikit. Bab baca al-Quran dia masih belajar tapi lebih kepada menghafal. Bila dia rasa sudah hafal, dia akan suruh saya tasmik, daripada situ saya betulkan bacaan yang salah. "Dia juga sertai kelas agama secara online dengan ustaz seminggu sekali," ujarnya lagi.
|
mamajawie replied at 12-5-2023 05:01 PM
x cair la sebab mamat ni gundu..not my taste yach
Samerosie replied at 12-5-2023 05:05 PM
Muka dia iols tengok macam yg chef arab jual nasi arab rega yahudi kat bazar ramadan tu yg konon s ...
Samerosie replied at 12-5-2023 05:05 PM
Muka dia iols tengok macam yg chef arab jual nasi arab rega yahudi kat bazar ramadan tu yg konon s ...
umbut replied at 12-5-2023 10:10 PM
Ig husna hisan, kahwin jerman anak 4 herlokkk.
ADVERTISEMENT