CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selalu Dapat Soalan 'Tak Bosan Ke Bawa Watak Ayu?' Amyra Rosli Cabar Diri Bawa Watak Gila

12-5-2023 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1660| Komen: 15

Amyra Rosli mengakui ingin mencabar diri untuk membawa watak 'gila' yang sarat dengan emosi menerusi drama rantaian TV3, Kerasnya Takdir.

Menurutnya, drama arahan Emi Suffian ini agak berat untuk dibawa memandangkan ia bermain dengan emosi dan berbeza dengan watak yang pernah dijayakannya sebelum ini.



IG

“Cerita ni sangat berat dan banyak mainkan emosi dan saya perlu menjadi gila. Itu salah satu sebab saya terima untuk buat drama ini sebab saya jarang bawa watak gila ni.

“Mungkin penerbit dan pengarah melihat dari luaran sebab ada waktu saya tidak berhijab, saya perlu membawa watak antagonis. Bila free hair, dia macam-macam boleh buat tapi bila kita dah berhijab watak yang ditawarkan tu mungkin terhad sikitlah untuk menjadi ganas.

“Tapi kalau diikutkan saya memang daripada lebih banyak ke arah watak-watak yang ayu-ayu dan baik-baik ni. Memang ada yang bertanya tak bosan ke bawa watak itu sahaja.


“Tapi saya anggap itu rezeki saya. Cuma saya akan pilih cerita. Kalau saya baru habis buat jalan cerita yang lebih kurang, saya akan ambil gap untuk berehat lama sikit,” katanya.



Sementara itu, aktres itu juga sempat meluahkan rasa terujanya dapat bekerjasama kembali dengan pelakon Redza Rosli menerusi drama ini.

“Alhamdulillah, saya gembira dapat bergandingan dengan Redza sebab saya tahu cara kerja dia ni tak banyak songeh. Dia senang beri kerjasama dan dia sangat memberi.



“Lagi satu sebab dia seorang pelakon yang buat homework. So, takdalah bila dekat set ambil masa yang lama,” jelasnya.


Sumber: Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 12-5-2023 05:01 PM
Paling sesuai watak dia dlm drama Nur.
Quote manehnya 12-5-2023 05:06 PM
Cliche la citer mcm yg dia lakon dgn remysehak tu, jgn menagis cinta... Bluek
Btw nekrita nmpak very old
Quote manehnya 12-5-2023 05:06 PM
Cliche la citer mcm yg dia lakon dgn remysehak tu, jgn menagis cinta... Bluek
Btw nekrita nmpak very old
Quote wtvmjls 12-5-2023 05:15 PM
dia ni lepas berlakon Nur semua cerita dia bosan, bosan. mcm kena typecast je watak perempuan tersakiti spjg masa
Quote tulip-rain 12-5-2023 05:20 PM
Amyra ni nampak mcm lembik tak bermaya je kan.
Cakap meleweh2. Bukan watak2 lakonan dia je, dia sendiri mmg nampak mcm tu.
Quote Goodluckdontcry 12-5-2023 05:24 PM
Edited by Goodluckdontcry at 12-5-2023 05:25 PM

Ye cite ni la den ingt..dah knp semua pelakon lelaki berjambang ala wolverine.. kehkehkeh

Nota kakikukekeko..den xlayan pun cite2 gini, den tertgk sbb akak den tgh syok menonton..

Lps tgk semua pelakon berjambang mambang, lg den putus nafsu nak abiskan masa tgk ko berdrama ala taik kambing... kehkehkeh

Quote anony-mous 12-5-2023 05:44 PM
tulip-rain replied at 12-5-2023 05:20 PM
Amyra ni nampak mcm lembik tak bermaya je kan.
Cakap meleweh2. Bukan watak2 lakonan dia je, dia sen ...

Lps tu selalu plak masuk hospital (terbaca komen porumer lain smlm), lg la nmpk mcm xbermaya.
Quote dudaberhias 12-5-2023 05:47 PM
Bohong sangat mencabar. Alih2 sama je lakonan kau. Kaku kayu keras kejung gitu jugak. Balik2 jadi pompuan lembam yang di aniaya sama je dengan hero muka kucing kurap oyen penuh sabut kelapa kat muka tu. Balik2 dapat watak laki lembam, dayus macam si syukri al kazim elias.

Serius dah bosan yach balik2 drama ibu mertua jahat.

Cumanya lakonan mami jarum n mami jarum junior memang hebat. Jauh bertiang2 meninggalkan lakonan kau si mata jarak.

Quote I.K.A888990 12-5-2023 05:59 PM
membosankan tu je la tahap drama kita
lakonan pn nan hadooo
Quote dudaberhias 12-5-2023 06:11 PM
Goodluckdontcry replied at 12-5-2023 05:24 PM
Ye cite ni la den ingt..dah knp semua pelakon lelaki berjambang ala wolverine.. kehkehkeh

Nota kak ...

ya ampun betul sangat...

iols pun geli nak tengok sebab semua pelakon jantan penuh sabut nyoq kat muka... fefeeling hensem sangat la tu penuh sabut nyoq kat muka...
budak2 hybrid binatang dalam siri netflix sweet tooth tu lagi herlok rhoper mereka berbanding retis2 lelaki keje bawak watak dayus kat TV3 tu... takde pun jambang2 macam sabut nyoq... terus kalih ke channel animal planet... takpun kalau astro signal takde sebab ujan... katup je terus TV... lagi puas hati...


Quote putu 13-5-2023 10:08 AM
Watak dia drama tv3 ni lembik sangat. Sakit ati I tgk
Quote cmf_Strawberry 13-5-2023 10:14 AM
I suka dia berlakon dalam drama Cemburu seorang wanita Dan Nur. Tapi cerita ni mmgla stereotype sgt Dan menyakitkan hati... semua watak jahat tp lembjj, dayus, zalim.
Quote ezacbee 13-5-2023 06:18 PM
Drama melayu semua membosankan. Jalan cerita sama je.. watak si bodoh tolol..
Quote shida81 13-5-2023 06:20 PM
Bile cite pasal watak gile ni.. Teringat aliah lee ngn rusdi ramli berlakon..sedih amat drama tu.. Mkn nasi sambil tgk TV nangis spi tervekik nasi
Quote red_velvet 13-5-2023 07:59 PM
Tak best tengok dia ni berlakon sekarang... Sudahlah lembik , cakap pun meleweh2, kurus kering macam anorexia ...nampak kurus yang sakit.. bukan kurus yang sihat..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.086830 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top