Mona Allen bagi alasan terlampau sibuk jaga anak sampai terlepas pandang video yang dimuat naik di media sosial menampakkan sebahagian rambutnya ketika sedang bercuti. Sebagai wanita yang sudah berhijab, Mona kata dia tidak sepatutnya mengambil mudah mengenai perkara itu.
"Video tersebut adalah ketika saya bawa anak bercuti di Langkawi. Mungkinlah dalam keadaan sibuk menguruskan anak itu saya terlepas pandang. "Saya pun masih cuba untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Ada juga masa ketika saya keluar dekat dengan rumah saya tidak bertudung penuh," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat. Mona diminta mengulas mengenai video tular memperlihatkan dirinya memakai hoodie ketika sedang bercuti dan mendapat kecaman banyak pihak.
"Terima kasih kerana ramai yang ambil tahu fasal saya. Saya juga manusia biasa yang pasti akan melakukan kesilapan. Saya masih lagi berhijab.
|
ADVERTISEMENT