Sabri Yunus memberi teguran kepada mana-mana artis supaya tidak takut untuk membuat permohonan maaf terhadap sebarang kontroversi yang timbul. Menurutnya sikap meminta maaf adalah perbuatan yang mulia dan sangat dituntut dalam agama sekali gus dapat meredakan konflik yang berlaku.
“Dalam keseluruhan konteks, orang yang mengaku bersalah memohon maaf adalah sifat yang mulia. Kalau bersalah perlu minta maaf, tak bersalah pun perlu minta maaf juga sebab orang lain tetap anggap kita bersalah. Tak menjadi masalah pun sebenarnya. “Ia adalah sifat yang dituntut dalam kehidupan kita beragama. Jadi jangan takut hendak minta maaf,” katanya kepada Utusan. Ditanya permohonan maaf akan menjatuhkan maruah seseorang artis, Sabri menidakkan perkara tersebut kerana sikap tersebut sebenarnya mengangkat maruah seseorang. Katanya, dia sendiri tidak mempunyai masalah untuk memohon maaf setiap kali bertemu dengan mana-mana individu.
“Saya rasa tiada masalah sebab kalau kita borak biasa pun selalu akan cakap minta maaf sebelum berlalu pergi. “Tak jatuh ego sebab kita yang selalu merasakan berat untuk minta maaf. Sedangkan kalau melepaskan benda berat, kita sendiri akan berasa lega,” katanya. -CARI Sumber: Utusan
|
dudaberhias: Betul setuju sangat dengan sab ...
dudaberhias: Betul setuju sangat dengan sab ...
ketupatnasi replied at 13-5-2023 08:32 AM
Steady je dia. Dia mmg baik bahasanya. Dgn kita yang muda ni pun klu jumpa mmg tak lekang mohon maaf ...
ketupatnasi replied at 13-5-2023 08:32 AM
Steady je dia. Dia mmg baik bahasanya. Dgn kita yang muda ni pun klu jumpa mmg tak lekang mohon maaf ...
Nozot replied at 13-5-2023 09:07 AM
Beradap namanya..rare org macam nie.
rosewhite replied at 13-5-2023 09:50 AM
Sabri yunus kawin lain ke? Isteri dulu dah meninggal dunia Kan
dudaberhias replied at 12-5-2023 04:06 PM
Betul setuju sangat dengan sabri yunus.
Tapi nak buat macam mana si botak yang perlukan consultatio ...
sleepandream replied at 13-5-2023 10:54 AM
dia mengata saari amri ler... kan saari amri kata hattan tak perlu minta maaf...
perangai perasan ba ...
ADVERTISEMENT