CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menu Rahmah Semakin Kurang Sambutan- Pelanggan Tak Minat Nak Beli, Peniaga Pun Tak Sanggup Tanggung Rugi

12-5-2023 02:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 804| Komen: 8

Kuala Lumpur: Jualan Menu Rahmah didakwa semakin kurang ditawarkan berikutan permintaan yang rendah selain kos barangan juga meningkat.

Hasil tinjauan di medan selera sekitar Kuala Lumpur menunjukkan peniaga sudah tidak lagi menyediakan menu terbabit.


Peniaga nasi campur, Rose Ismail, 46, berkata, dia tidak membuat menu disebabkan kurang memberi keuntungan perniagaan miliknya.


Foto: Harian Metro

"Kalau saya buat Menu Rahmah memang ada pelanggan yang akan datang tapi mereka tidak ada banyak pilihan.

"Saya perlu buat satu jenis lauk yang khas untuk menu itu, pelanggan pun cepat bosan dengan menu yang sama.

"Jadi saya buat satu set nasi putih lauk ayam atau ikan serta sayur berharga RM7 kemudian percuma air. Air pula saya buat tiga jenis iaitu sirap, teh ais atau air oren," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Rose dengan kaedah set itu, pelanggan lebih ramai datang dan masih mendapat sedikit keuntungan.


Manakala peniaga, Rohayu Hashim, 60, berkata, rata-rata pelanggan yang beli tidak lari dari harga RM5 hingga RM7.

"Saya pun tidak mampu nak tetapkan harga seperti Menu Rahmah kerana harga pun turun naik jadi saya takut tidak boleh membayar sewa kedai dan pekerja," katanya.

Tambahnya lagi, rata-rata lauk yang dijual Rohayu masih berada dalam lingkungan harga yang bersesuaian.

Sementara itu pembeli, Haziq Sofian Mohamad Johari, 23, berkata, dirinya lebih memilih untuk membeli lauk biasa berbanding Menu Rahmah.

"Saya biasa tengok untuk Menu Rahmah ni lauk yang mereka masak sama setiap hari dan kadang makanan berkenaan rasa seperti tidak cukup bahan.

"Mungkin disebabkan harga yang mereka tawar agak murah jadi disebabkan itu peniaga terpaksa memotong bahan dan ayam dalam saiz yang lebih kecil. Kuantiti nasi pun kadang kala kurang.

"Makanan yang ditawarkan pula jenis makanan yang sudah dibungkus awal pagi menyebabkan nasi tidak lagi panas dan kadang-kadang hampir basi," katanya.

Sementara itu penuntut universiti awam, Aiman Nabihah Khairul Anuar, 23, berkata, kebanyakan penuntut pula lebih suka membeli makanan yang mudah dan cepat.

"Biasa waktu rehat kami memang sekejap sebelum kelas seterusnya mula, jadi kami lebih senang makan di kawasan yang berdekatan kampus sahaja walaupun harganya mahal sedikit," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote totokreturn. 12-5-2023 03:08 PM
tak boleh takpe la, kita tak paksa pun


Yg Benar,

Secretariat menu rahmah
Quote rogayahtop 12-5-2023 03:16 PM
huntonglah jadi pemikir ekonomi negara bagi nama menu je
Quote AbukRokok 12-5-2023 03:19 PM
klu sedap dan puas hati mahal pun takpe janji puas hati

- Bob -
Quote scorpionkiki 12-5-2023 03:26 PM
Apa berkenaan bang non selalu hot hot chicken waste saja...asalkan ada
Quote prizadane 12-5-2023 03:28 PM
Kalau aku pun muak kalau makan menu sama hari-hari, even sedap mana pun.
Quote fbukhary 12-5-2023 03:34 PM
Heh heh heh
Quote kucingitam 12-5-2023 03:41 PM
yang sibuk nak buat menu rahmah ni mydin..yang korang tergedik sibuk nak ikut pastu komplen tak untunglah itu ini dah kenapa?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.112139 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top