CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Pinjam Ah Long Cabut Lari- Ibu Bapa Jadi Mangsa, Diugut Rumah Dibakar Dan Disimbah Najis

12-5-2023 02:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 306| Komen: 2

IPOH – Sepasang suami isteri yang tinggal di Taman Desa Pengkalan, di sini, hidup dalam ketakutan selepas diganggu ah long gara-gara perbuatan anak lelaki mereka yang meminjam wang daripada pihak terbabit.


Ibu kepada lelaki itu, Khong, 54, diugut ah long yang mahu membakar kediamannya selain menyimbah najis sekiranya dia tidak membayar pinjaman anak mereka.

Foto: Kosmo

“Anak saya berusia 31 tahun. Sebelum ini, memang pernah berhutang dengan ah long dan kami pernah langsaikan hutang anak lebih RM5,000,” katanya dalam satu sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Ipoh Timur, di sini hari ini.

Khong berkata, sebelum ini dia mengambil masa lapan hingga sembilan bulan untuk membayar hutang anaknya itu secara ansuran.

Menurut Khong, tabiat meminjam anak sulungnya itu bermula sejak 10 tahun lalu dan masih berterusan hingga melarikan diri pada 14 April 2021.


“Selepas dia menghilangkan diri ada beberapa ah long dari tiga syarikat menghubungi saya dan menuntut kami menjelaskan hutang berkenaan.

“Ini termasuk beberapa ugutan menyebabkan saya terpaksa membuat kenyataan di akhbar mengenai perkara itu selain laporan di Balai Polis Pekan Baharu kerana tidak tahan dengan gangguan mereka,” katanya.

Khong berkata, Rabu lalu, dia menerima ugutan menerusi panggilan termasuk melalui aplikasi WhatsApp agar melunaskan pinjaman yang dilakukan anaknya atau individu terbabit menularkan muka anaknya itu.

“Saya merayu kepada individu yang meminjamkan wang kepada anak saya supaya tidak menganggu keluarga kami memandangkan kami tidak lagi berhubungan dengan anak kami sejak dua tahun lalu.

“Sekarang saya sudah tiada wang untuk membantunya lagi. Saya juga tidak tahu anak saya berada di mana malah saya bimbang kalau nyawa saya dan suami terus terancam,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Ipoh Timur, Yeong Seng Hoong berkata, wanita berkenaan datang membuat aduan ke pejabatnya mengenai perkara itu, Rabu lalu.

“Kami nasihatkannya untuk membuat laporan polis dan berharap siasatan polis dapat membantu keluarga ini. Dalam kes seperti ini, ah long sepatutnya mencari penghutang dan bukan secara terus mengganggu ahli keluarga,” katanya.- CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaoru44 12-5-2023 03:13 PM
alahai anak pun..kalau xleh tolong mak ayh..jgn la susahkan lagi diaorg..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.040873 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top