Datin Rebecca Nur Al Islam selamat melahirkan anak keenamnya di Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat. Menurut Rebecca, 37, bayi lelaki itu selamat dilahirkan secara pembedahan dan proses kelahiran berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi.
"Dia (bayi) sudah selamat dilahirkan. Alhamdulillah," katanya menerusi Instastory. Rebecca bagaimanapun masih belum berkongsi wajah cahaya matanya itu dan hanya menggunakan emoji cinta bagi menutupi bahagian muka. Rebecca turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya iaitu Datuk Nur Azman Sulaiman, 55, kerana sentiasa berada di sisi sepanjang proses melahirkan bayi mereka. "Terima kasih sentiasa ada di sisi isterimu," ujarnya. Sebelum ini Rebecca memaklumkan kandungannya itu berisiko tinggi kerana kesemua anaknya dilahirkan menerusi pembedahan dan mungkin boleh membahayakan dirinya. Bagaimanapun, selepas mendapatkan nasihat dan membuat pemeriksaan di hospital, Rebecca dibenarkan meneruskan kehamilan dengan pemantauan doktor. Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga bersama Nur Azman pada 14 Januari 2011. Pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 11, Nor Anggerik Renesmee, 10, Nor Aliff Al-Raffael, 7, Nor Ahmed Al-Reaggan, 4 dan Nor Aurora Riana, 4. -CARI Sumber: mStar
|
oggy replied at 13-5-2023 04:13 AM
Harap2 dia terus ikat laa.. i pulak yg seriau baca 6x czer
ADVERTISEMENT