CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terpaksa Duduk Atas Lantai, Peguam Malaysia Saman Penganjur Konsert Blackpink RM1 Juta Sebab Hilang Kerusi

12-5-2023 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1249| Komen: 18

PETALING JAYA – Seorang peguam Malaysia menyaman penganjur konsert Blackpink Born Pink World Tour Live Nation Malaysia sehingga RM1 juta kerana hilang tempat duduknya di konsert tersebut.

Menggunakan nama Nas Rahman di Twitter,  dia berkongsi mengenai perkembangan tentang perkara tersebut yang menyebabkan dia mengambil tindakan undang-undang selepas rundingan gagal antara dia dan penganjur.

Dia yang berkongsikan pengalaman pahit di konsert Blackpink Malaysia pada 4 Mac lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil, mendakwa terpaksa duduk di atas lantai, di sepanjang tangga untuk persembahan selama dua jam itu.


Foto: Kosmo

Peguam tersebut berkata, satu dari tempat duduknya untuk dua tiketnya, nombor 37, tidak wujud kerana kerusi itu hanya sehingga nombor 36 di barisan 207.

Pada 6 Mac lalu, Nas mengeluarkan surat tuntutan terhadap Live Nation Malaysia dan mula berbincang dengan pihak penganjur untuk penyelesaian.


Menurut Nas, kedua-dua pihak tidak dapat mencapai kata sepakat sehingga membawa kepada samannya difailkan di Mahkamah Sesyen.

“Aku sudah dihubungi oleh pihak Live Nation dan Go Live. Sebab masih dalam perbincangan jadi tak sesuai untuk aku ‘go details’ (pergi ke butiran). Cuma di akhir tadi aku minta pihak mereka jawab notis tuntutan aku dan mereka maklumkan akan jawab.

“Setelah beberapa kali siri ‘negotiations’ (rundingan), dua-dua pihak tak capai kata sepakat jadi aku malas nak cakap banyak jadi aku dah failkan saman ke atas Live Nation dan Go Live, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

“Sejak kes dah masuk mahkamah, jadi aku akan elakkan untuk komen berkenaan fakta dan substance kes lepas ni. Aku hanya akan update (kemas kini) tentang perjalanan kes sahaja contohnya tarikh Pengurusan Kes atau Bicara Penuh.

“Menang atau kalah aku akan tetap update. Jangan risau,” ujarnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 12-5-2023 02:10 PM
so, yang menggelupuh nak pergi konsert Coldplay ni dah take note ke belum? Organiser yang sama nih
Quote Orix 12-5-2023 02:13 PM
bagusss... saman jangan x saman....
Quote grouper 12-5-2023 02:19 PM
Organiser pun ada geng kartel gak....geng kartel konstert..orang lain x leh buat ke mcm open tender...
Quote lifeline 12-5-2023 02:22 PM
aku x pernah p konsert tp yg coldplay ni mmg rasa nk battle utk beli
huhuh
tp nak tau gak kesudahan kes ni kalau dpt 1juta wah berbaloi baloi
Quote KamikuP 12-5-2023 02:43 PM
Kalau menang boleh buat case study ni dan penganjur akan gerun tak bole lepas tangan
Quote ellZack 12-5-2023 02:52 PM
lifeline replied at 12-5-2023 02:22 PM
aku x pernah p konsert tp yg coldplay ni mmg rasa nk battle utk beli
huhuh
tp nak tau gak kesudahan  ...

I tengok tiktok dia semalam, katanya mungkin setahun juga baru settle.
Quote she 12-5-2023 03:00 PM
Memang patut disaman
Tak kira lah siapa artisnya
Yang penting penganjur kena bertanggungjawab
Quote Themilo 12-5-2023 03:12 PM
lifeline replied at 12-5-2023 06:22 AM
aku x pernah p konsert tp yg coldplay ni mmg rasa nk battle utk beli
huhuh
tp nak tau gak kesudahan  ...

berbaloi sebab yang menyaman tu pun memang lawyer. kalau common people macam kita, if kalah memang sakit.. nak bayar lawyer, time consuming lagi.. kalau kes menang, nak kena bayar lawyer at least 20% & miscellanous payment bagai.
Quote antikorok 12-5-2023 03:14 PM
Ku fikir kes kerol amingg dah sadis bayor mahal harga kayangan tapi tempat dudok jauh namampos kena beli teropong dua lubang idung untuk tengok semut Bilish perform,

tapi yang lagi sadis, bayor konsert memahal ujong2 kena dudok ala2 pprt rempitz atas tangga bagai melukut di tepi gantang kak chah sajork
Quote supernaturalee 12-5-2023 05:26 PM
sungguhpun retis xde kaitan dgn 'kecuaian' ni
tp why not tag dorg
mn lah tau klu dorg masuk campur kot la organizer lembut hati byr pampasan ke

Quote swimswim 12-5-2023 06:22 PM
Yg organiser pun pulang je la duit. Apa yg susah sgt. Satu seat je pun
Quote ___ 12-5-2023 06:33 PM
harap brother ni menang kes nii
Quote green~tea 12-5-2023 06:41 PM
Semoga organizer kalah kes ni.. padan sapa suh ketegaq...
Quote emma.giggs 12-5-2023 06:52 PM
Aku pon harap2 lowyer ni menang..
lps tu yg dh beli ticket tgk bola, tp tmpt duduk org lain ambik, lps tu kene perli Lak dgn geng2 terpaling stadium boleh kot tgk kes lawyer ni.. aku rasa berkaitan jugak la
Quote kakikuDibibirmu 12-5-2023 06:55 PM
Kerusi:

Quote matamata 12-5-2023 07:26 PM
swimswim replied at 12-5-2023 06:22 PM
Yg organiser pun pulang je la duit. Apa yg susah sgt. Satu seat je pun

Ini kes Saman la, bukan tuntut refund, silap2 berpuluh atau beratus Kali harga ticket
Quote Hypothetically 12-5-2023 07:46 PM

Kelakar

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.356149 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top