CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Bunuh Suami Sebab Enggan Beli Rumah Mahal Bernilai RM9 Juta

12-5-2023 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 327| Komen: 1

Utah, Amerika Syarikat: Seorang pengarang buku kanak-kanak dikatakan bertindak membunuh suaminya tahun lalu selepas bertengkar mengenai pembelian rumah bernilai AS$2 juta (RM9 juta).

Kouri Richins, 33, ditahan polis di Utah pada Isnin dan didakwa atas tuduhan meracuni suaminya dengan dos maut fentanyl di rumah mereka di Kamas, sebuah bandar pergunungan kecil berhampiran Park City.


Metro UK melaporkan, mendiang suaminya Eric Richins dilaporkan enggan membeli rumah berkenaan kerana terlalu mahal untuk mereka dan tiga anak kecil.


Kouri Richins, Foto: Metro UK

Berdasarkan waran geledah dilihat KPCW, keluarga mendakwa Eric dan isterinya bertengkar mengenai pembelian hartanah bernilai hampir AS$2 juta itu.

Menurut KPCW, Eric bercadang untuk memberitahu isterinya bahawa dia tidak akan menandatangani perjanjian pembelian itu.


Katanya, Kouri Richins menutup perjanjian untuk membeli rumah itu pada 5 Mac lalu iaitu sehari selepas pembunuhan suaminya.

Dua minggu selepas kematian suaminya itu, Kouri meletakkan rumah besar di Heber City, Utah kembali di pasaran dengan nilai hartanah mencecah AS$4.8 juta (RM21.5 juta).

Penjualan kediaman mewah itu masih berada dalam talian tetapi ejen hartanah memberitahu ia sudah mempunyai pembeli.

Menurut senarai penjualan, rumah mewah itu dilengkapi dua dapur, kolam renang, spa, ruang senaman, simulator golf, gelanggang bola tampar bersaiz penuh, gelanggang bola tampar dalaman dan bilik khusus.

Waran geledah itu turut mendedahkan wanita terbabit mungkin cuba meracuni suaminya sebelum kematiannya pada Mac 2022.

Timbalan Syerif Daerah Summit County memberitahu, keluarga Eric mengesyaki isterinya mempunyai kaitan dengan kematiannya.

Menurut kakaknya, Eric mula sakit teruk beberapa tahun sebelum ini dan dia memberitahu kakaknya bahawa dia percaya isterinya bertanggungjawab meracuni minumannya.

Selain pertuduhan membunuh, Richins juga menghadapi pertuduhan memiliki GHB iaitu dadah kerap digunakan dalam suasana rekreasi termasuk di kelab. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.099047 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top