CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelancong China Sanggup Berbelanja Lebih Dan Tinggal Lebih Lama Di Luar Negara

12-5-2023 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 411| Komen: 3

Pertumbuhan pasaran perjalanan keluar China dijangka kekal kukuh tahun ini dan lebih ramai pengembara menuju ke luar negara pada musim panas ini.

Xinhua pada Khamis dipetik China Daily melaporkan, laporan syarikat Mastercard menunjukkan pelancong yang melancong ke luar negara sanggup berbelanja lebih dan tinggal lebih lama di luar negara selepas China mengoptimumkan tindak balas wabaknya lewat tahun lalu.



Gambar hiasan

Berbanding dengan tempoh antara Januari 2019 dan Mac 2020, purata masa perjalanan meningkat daripada sembilan kepada 11 hari dan keseluruhan belanjawan per kapita untuk perjalanan keluar telah menokok daripada 34,300 yuan (kira-kira US$4,964) kepada 39,800 yuan, peningkatan sebanyak 16 peratus.

Laporan itu juga mendapati, pengembara berpendapatan tinggi yang kerap melakukan perjalanan ke luar negara sebelum wabak COVID-19 tidak keberatan untuk melancong ke luar negara lagi.


Golongan paling ramai tidak keberatan berbelanja untuk ke luar negara adalah dalam kalangan mereka yang berumur antara 21 dan 45 tahun.

"Pelancong China yang sudah tiga tahun tidak melancong ke luar negara tidak sabar untuk keluar semula.

"Apabila mereka melancong ke luar negara sekali lagi, tingkah laku penggunaan mereka telah berubah dengan ketara. Mereka meneroka cara dan trend baharu mengembara di peringkat global," kata Dennis Chang merangkap Presiden Mastercard (bahagian China).


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akusukaq 12-5-2023 12:03 PM
Edited by akusukaq at 12-5-2023 12:19 PM

Tak byk beza nya dgn kos belanja orang kita ke Eropah.Kalu bercuti 12 mlm DIY di Europe pun dah nak 13 k sorang.Ini termasuk flight dan hotel tiket entry ke tourist spots, local flight dan jalan jalan. Tak termasuk shoping dan makan makan. Lain lah travel berjimat ala backpacker. Pelancong China rata rata bkn cheapskate
Quote antikorok 12-5-2023 05:10 PM
"Welcome Chinese tourists to Sweden.
In Sweden, we don't take a shit outside historical heritage sites."








Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.029723 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top