CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ibu Liyana Jasmay Meninggal Dunia Akibat Kanser Limfoma

12-5-2023 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2864| Komen: 27

Ibu Liyana Jasmay, Datin Habsah Simpon meninggal dunia akibat kanser limfoma tahap empat di Hospital Kuala Lumpur sekitar pukul 8.30 pagi Jumaat.

Berita pemergian wanita berusia 66 tahun itu dikongsi oleh pengurus kepada Liyana iaitu Nor Hazwani Jamil.


Menurut Hazwani atau Wani, Habsah baru sahaja disahkan menghidap kanser berkenaan kira-kira dua bulan lalu dan menghembuskan nafas terakhir selepas dua minggu menerima rawatan di hospital.

Foto: IG

"Ibu Liyana sakit pun tak lama sebab baru dua bulan lalu dia didiagnos menghidap kanser limfoma tahap empat.

"Malam tadi (Khamis) ibu Liyana memang dalam keadaan agak teruk apabila tahap oksigennya semakin rendah.

"Pihak keluarga mengambil keputusan untuk Habsah 'pergi' dengan tenang dan pagi tadi Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir," katanya ketika dihubungi mStar.


Foto:IG

Difahamkan jenazah akan disolatkan di Masjid Al Iman Kemensah, Selangor dan dikebumikan sejurus kemudiannya.

Pada malam Khamis, Liyana memuat naik foto bersama ibunya di Instastory dengan kapsyen menghargai setiap pengorbanan yang telah dilakukan oleh wanita berkenaan.

Kata Liyana, Habsah sering menemaninya termasuk sewaktu dia belajar di luar negara dan meninggalkan bapanya di Kuala Lumpur.



"Kerjaya saya, hidup saya, masa yang ibu luangkan untuk saya, tunggu saya sehingga habis shooting dan apa saja yang ibu lakukan buat saya gembira.

"Tak pernah tau ada mak yang teman anak belajar di luar negara berbulan-bulan, tinggalkan ayah dan ayah pun sanggup lepaskan ibu hanya untuk menjaga saya.

"Saya sangat bertuah mempunyai ibu bapa yang hebat. Itu sebab kamu sangat istimewa, mama saya yang cantik," katanya.

Pada 17 Disember 2021, bapa Liyana iaitu Datuk Jasmay Md Shah meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada usia 68 tahun.

Difahamkan, Allahyarham berjuang melawan penyakit itu sejak 2020 dan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kemensah, Hulu Kelang, Selangor. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 12-5-2023 11:25 AM
both parents kena kanser

anak2 rajin2 la buat checkup
mn la tau menurun

Quote kechikchomel 12-5-2023 11:27 AM
iolss baru tau ayah dia meninggal.
takziah LJ n keluarga
Quote doubleA 12-5-2023 11:35 AM
Takziah. Oh kira parentnya dua2 meninggal sbb kanser la eh
Quote lolita737 12-5-2023 11:45 AM
salam takziah buat LJ..
semoga roh kedua ibubapanya ditempatkan dikalangan orang yang beriman..
Quote miss_perfect 12-5-2023 11:46 AM
Innalillahiwainnalillahirajiun
Takziah Liyana.
Quote krukx 12-5-2023 11:49 AM
Takziah. Tp dorang mmg family kaya kan. No wonder mak dia boleh teman dia blajar kt oversea berbulan2. Kalau family biashe2 mana mampu
Quote SANKURIANG 12-5-2023 12:41 PM
Ayah dia dah arwah ye? Saya kenal la jugak arwah dulu.
Quote Kancilkering 12-5-2023 12:52 PM
Innalillahiwainnalillahirajiun

bersabar lah LJ
meruntun jiwa ibu ayah x ada……
moga diampunkan dosa dosa Arwah semua
Quote 3chanceno 12-5-2023 12:56 PM
Innallilah..takziah buat famili..
Quote inspektoremos21 12-5-2023 01:02 PM
Eh bapak nya pun dah meninggal ke.. Apa pun salam takziah buat LJ sekeluarga
Quote irvene 12-5-2023 01:03 PM
mak dia baik. Salam Takziah LJ
Quote Incanto 12-5-2023 01:10 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun

takziah pada LJ sekeluarga
Quote Rogue98 12-5-2023 01:11 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun...takziah pada liyana n famili.
Patutlah liyana mcm muka tak happy lately.
Quote ej80 12-5-2023 01:16 PM
salam takziah
Quote cmf_blanco 12-5-2023 01:21 PM
Innalillah wa Inna ilaihi rojiun..
Salam takziah utk LJ dan keluarga..
Harap harap adik beradik dia rajin la pg buat checkup sebab kedua dua parents pun meninggal sebab kanser..

Sepupu I mak dia meninggal sebab kanser payudara..tengok tengok sepupu I tu ada kanser ovari..syukur alhamdulillah dah buat operation dan buang sel kanser..
Quote pavlovachoc 12-5-2023 01:23 PM
Salam takziah
Quote syamzana 12-5-2023 01:46 PM
salam takziah
wpun dah tua bangka bila kehilangan parents ni rasa lain sbb kdg2 sbb mereka la adikbradik rajin balik rumah berkumpul.
bila both dah takde, adik bradik plak ada fmly sendiri lama2 akan ada sikit makin menjauh
Quote cap_ayam 12-5-2023 01:48 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah.
Quote Nozot 12-5-2023 02:12 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun, salam takziah untuk LJ sekeluarga.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.148182 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top