CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Minta Wanita Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Seksual Dalam MRT Buat Aduan

11-5-2023 11:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1622| Komen: 23

Wanita yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual dalam tren Transit Aliran Massa (MRT) diminta polis supaya tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya telah mengesan video berkenaan insiden tersebut yang tular di laman media sosial jam 9.55 pagi ini.



Individu yang didakwa merakam mangsa wanita sebagai gangguan seksual dalam stesen MRT Cheras tular di Twitter.

“Penelitian lanjut terhadap video berdurasi 31 saat yang dimuatnaik seorang pengguna Twitter mendakwa seorang individu melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di dalam MRT arah Cheras menuju Pusat Bandaraya.

“Sehingga kini, pihak polis masih belum menerima laporan polis berhubung kejadian ini dan Polis Cheras meminta kerjasama individu yang terlibat untuk tampil membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian iti diminta menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau menyalurkannya di balai polis berdekatan. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 12-5-2023 01:22 AM
Baca kat twitter, rapid mintak details, dia x nk kasik jugak kan.. Alasan bukan blh buat apa pon.. Dia pon pelik2
Quote nazzse 12-5-2023 07:12 AM
cantiknya bahasa budak2 perempuan sekarang. Takut nak buat bini
Quote Samerosie 12-5-2023 07:24 AM
Bukan nak ckp mamat tu tak buat ke apa, tapi kan loking at his age la, that's how most people yg over 40s look at phones kalau tak pakai specs termasuklah iols.
Quote Samerosie 12-5-2023 07:26 AM
Nak juga tengok rupa minah ni cantik/sexy sangat ke sampai org tu nak film dia deoan2 macam tu.
Quote seripahzeripah 12-5-2023 07:31 AM
Ni yg acah² berangan nak jadi ym che puan tu kan..bahasa dua..mak aihhh..
Quote chipsmoremore 12-5-2023 08:05 AM
sis x tertarik dgn gangguan seksual, sis lebih tertarik dgn bahasa yang digunakan... rempitt nyer ko dekk mmg bahasa memaki maki je bdk2 zaman now...
Quote matbad 12-5-2023 08:52 AM
Rsau kena kecam la tu hahaha
Quote elnor_81 12-5-2023 08:59 AM
Samerosie replied at 12-5-2023 07:24 AM
Bukan nak ckp mamat tu tak buat ke apa, tapi kan loking at his age la, that's how most people yg ove ...

Ini btul. Aku tgk hp pun cmtu. Aku pakai spek rabun jauh..jd ble dkt, aku x nampak...nak xnk kena jauhkan sbb mls cabut spek.
Tp klo aku x slh..aku maki smula...ko igt ko lawa nak mampus keeee..
Quote mejaputih 12-5-2023 09:02 AM
Kalau lelaki tu x salah lelaki tu boleh saman blik pompuan tu...
Quote sangbara2020 12-5-2023 09:21 AM
dia bajet dia cun ke
Quote mdhelmi 12-5-2023 09:37 AM
sekali sebenarnya laki tu tengah guna kamera depan tengok muka sendiri
aku selalu jugak buat camtu nak tengok masih kacak ke tak
Quote Samerosie 12-5-2023 10:06 AM
elnor_81 replied at 12-5-2023 08:59 AM
Ini btul. Aku tgk hp pun cmtu. Aku pakai spek rabun jauh..jd ble dkt, aku x nampak...nak xnk kena  ...

Mungkin mamat tu bukan melayu so tak faham dia carut apa.  Tapi betul lah kalau dia faham mungkin dia pun maki budak tu balik hehe
Quote rospinki 12-5-2023 10:07 AM
ni kalu dpt kat aku situ jgak dia dapat
Quote Samerosie 12-5-2023 10:07 AM
nazzse replied at 12-5-2023 07:12 AM
cantiknya bahasa budak2 perempuan sekarang. Takut nak buat bini

Masalahnya dalam forum ni dah bini orang kata classy T20 pun bahasa rempit camni gak
Quote s@s@ 12-5-2023 11:30 AM
so kalau polis check phone mamat tu xdak bukti mamat tu rekod, kira bole counter charge pompuan tu rekod dia pulak ke?
Quote Skuau 12-5-2023 11:38 AM
s@s@ replied at 12-5-2023 11:30 AM
so kalau polis check phone mamat tu xdak bukti mamat tu rekod, kira bole counter charge pompuan tu r ...

benda dh viral...kalo dia betul buat pun..dia dh delete...patut dia diam2 buat report.
Quote botol_tritan 12-5-2023 11:41 AM
Ada i tgk kat ig smlm. Biadapnyaaa bahasa budak perempuan tu kan. Kejap ym che puan, kejap datin. Berangan hidup ke dik? Boleh je kan nak retrieve balik record even kalau dah delete. Harap polis trace je mamat tu n siasat. Baru btl.
Quote batmana 12-5-2023 11:51 AM
Kdg2 aku terpkir..siapa orang pertama sebut perkataan pukimak kat Malaya ni?mati bsr saham dia..hahaha
Quote s@s@ 12-5-2023 11:52 AM
Skuau replied at 12-5-2023 11:38 AM
benda dh viral...kalo dia betul buat pun..dia dh delete...patut dia diam2 buat report.

kalau polis dapat phone tu ble jer tgk balik history

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.127767 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top