Tular sebuah video memaparkan sekumpulan pelajar memukul rakan mereka hingga mencetuskan kemarahan pelayar media. Menerusi empat video dikongsikan pemilik Instagram @_maisarahmazlan, kejadian tersebut dipercayai melibatkan pelajar di sebuah sekolah menengah di sekitar Kuala Lumpur.
Berdasarkan video itu, difahamkan pelajar terbabit dipukul kerana tidak menghormati kumpulan remaja terbabit. Sehubungan itu, beberapa pelajar lain dilihat turut memukul mangsa bahkan ada yang cuba menghentikan pergaduhan sambil bergelak ketawa sesama mereka.
IG Setakat pukul 10 malam ini, video yang dimuat naik sejak empat jam yang lalu, telah dibanjiri dengan komen-komen orang ramai yang tidak berpuas hati dengan pelajar-pelajar yang acah ‘gangster’. Malah, mereka mahu pelaku termasuk yang merakam tidak terlepas daripada dikenakan tindakan. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
midori888 replied at 12-5-2023 08:39 AM
Anak2 sapa lah nie ... Adakah ikut perangai parents or parents bagi makan rezeki haram kat anak2?
ADVERTISEMENT