CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Oyen Panjat Menara Telekomunikasi Diselamatkan, Sikit Lagi Nak Kena Sambar Burung Lang

11-5-2023 11:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1722| Komen: 16

Tular video seekor kucing nyaris menjadi mangsa burung lang, selepas ia terperangkap di puncak sebuah menara telekomunikasi. 

Video kejadian di Bengaluru, India itu dikongsikan pusat perlindungan dan menyelamat haiwan bandar tersebut, Charlie's Animal Rescue Centre menunjukkan sepasukan sukarelawan memanjat menara berkenaan bagi menyelamatkan si comel itu.



IG

Pada masa sama, beberapa burung pemangsa juga dilihat terbang berhampiran kucing tersebut, menanti peluang menyerang haiwan berkenaan.

Menerusi hantaran tulisan di Instagramnya, pusat perlindungan itu berkata, "Kami benar-benar menghadapi kesukaran dalam usaha menyelamatkan kucing ini.

"Setiap saat adalah berharga dalam usaha menyelamat ini. Kehadiran burung helang nampaknya tidak membolehkan kami leka manakala kedudukan menara yang berada di tempat agak tinggi juga mencabar.


"Secara keseluruhannya, ia benar-benar menguji, tetapi kami bersyukur kerana ia adalah pengakhiran yang menggembirakan," tulis hantaran tersebut.



Menyanjung usaha dilakukan pusat perlindungan tersebut, pengguna sosial media rata-ratanya melahirkan penghargaan kepada sukarelawan terbabit.


Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 12-5-2023 03:19 AM
dasar oyen..mana2 negara pn ko mendonia kannn
Quote noor2 12-5-2023 05:31 AM
Something wrong...cemana anak kucing tu boleh panjat menara tu....

Zaman viral ni aku x percaya sesetengah video dan cerita semata2 nk dpt like dan buat duit...
Quote mejaputih 12-5-2023 07:24 AM
Sape dpt detect oyen tu ada atas tu? Dasatnya oyen
Quote mdhelmi 12-5-2023 08:58 AM
aku saspek dia putus cinta
Quote kakikuDibibirmu 12-5-2023 09:00 AM
Amenda ni?

54-3000-0 (1).jpg
Quote supernaturalee 12-5-2023 09:09 AM
how come blh naik setinggi tu
klu pokok tu biasa la jumpa

mmmmm
tah iye kucing tu yg panjat


Quote kakikuDibibirmu 12-5-2023 09:12 AM
39e97c43-1997-4962-bf64-ba91d261e7bb.jpg
Quote Decaffeinated 12-5-2023 10:19 AM
Kesian burung helang.
Quote grouper 12-5-2023 10:28 AM
noor2 replied at 12-5-2023 05:31 AM
Something wrong...cemana anak kucing tu boleh panjat menara tu....

Zaman viral ni aku x percaya ses ...

Sama la...content creator ni dah byk kali buat benda2 camni...nak percaya pun susah skang
Quote imanjannah 12-5-2023 10:54 AM
kakikuDibibirmu replied at 12-5-2023 09:00 AM
Amenda ni?

Quote hyie 12-5-2023 11:33 AM
semalam petang masa meols nak gi makan, ada burung gagak tu cuba terkam belakang badan kucing itam kat traffic light. Tapi kucing tu buat selamba je macam takda pape.
Quote noor2 12-5-2023 12:17 PM
grouper replied at 12-5-2023 10:28 AM
Sama la...content creator ni dah byk kali buat benda2 camni...nak percaya pun susah skang

X logik kucing tu panjat sampai atas..

I selalu ternampak utube yg kucing diletakkan ular tedung dekat dia...pastu utuber tu pura2 terkejut dan selamatka  kucing tu setelah beberapa lama kucing tu cuba elak kena patuk tapi ada anak2 kucing yg mati kena patuk masa rakaman tu..di biarkan anak kucing tu kena patuk..

Ramai juga yg menyumpah marah sb tahu demi content dan demi duit
Quote Moyangkucing 12-5-2023 04:17 PM
Cian Oyen,....
Quote isseliparjepun 12-5-2023 07:28 PM
I percaya ada yang sengaja buat macam ni. Content. Sesuailah dengan cara berfikir mencari makan macam tu. Tak pernah hidupnya senang.
Quote Miranda43 11-10-2023 02:45 PM
Luckily it was saved Drift Boss safely

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.224401 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top