CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ala Tepi Taman, Ramai 'Adore' Dengan Ruang Dapur Memey Suhaiza

11-5-2023 11:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11466| Komen: 135

Pengikut yang melihat salah satu video terbaru Memey Suhaiza tertarik dengan ruang dapur basahnya yang kemas dan kreatif.

Masakan tidak, ruangan inilah yang menjadi saksi akan kecintaan seseorang isteri atau ibu dalam menyediakan hidangan buat seisi keluarga.



IG

Dengan adanya dapur yang selesa, cantik dan tersusun membuatkan mood untuk memasak semakin bertambah.

Ditambah pula jika anak-anak dan suami jenis yang sentiasa menagih air tangan ibu atau isteri.

Bagi yang mengenali pelakon dan juga usahawan, Memey Suhaiza pasti sudah mengetahui, ibu kepada tiga cahaya mata itu juga sangat minat dan rajin berkongsi menu masakan.

Ada sahaja menu yang disediakan meraih perhatian ramai. Selain kelihatan sedap dan menyelerakan, pengusaha tudung Normey itu juga rajin menyediakan menu sihat.



Lebih-lebih buat suaminya, Norman Hakim yang juga pelakon yang sangat menitikberatkan pemakanan sihat.

Terbaharu, beliau memuat naik sepotong video yang memaparkan ruang kediaman miliknya. Malah, beliau turut menunjukkan ruang dapur basah miliknya.


Sumber: Sinar Plus

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 11-5-2023 11:20 PM
No wonder ada sorang macik tu bukan main menghimpit bagaikan bernafsu balik dengan ex laki dia badan ketak2 tu. Macam takde rumah sendiri.

Quote Myhappyending 11-5-2023 11:46 PM
Tp taman tu semak yakmat x teringin langsung
Quote I.K.A888990 11-5-2023 11:54 PM
pebenda tah
Quote makadek 12-5-2023 02:11 AM
Lawa lg view dapor aku go green
Quote faraway1 12-5-2023 02:14 AM
Lawa lagi pandangan dari bilik air rumah ku
Quote mesmerize 12-5-2023 02:28 AM
mmg semak dengan pokok paku pakis pontianak n rumput menjalar kat dinding tu .. upah la landscaper bagi cantik2 sikit
Quote she 12-5-2023 02:36 AM
Ekau jangannn
Jap lagi YebiYabadi pun buat dapur depan laman rumah
Bawah pokok pelam lagi
Quote anony-mous 12-5-2023 02:54 AM
Sorry , no thank u
Quote samshik 12-5-2023 04:44 AM
Minta tajaan ke sis??
Quote keretapilaju 12-5-2023 06:09 AM
Walaubagaimana pun… aku masih tak boleh terima mereka berdua.. memey dah lama awal lg dah jadi penyondol kelas bawahan yang sampai kena tangkap basah.. senior penyondol
Quote matjerk 12-5-2023 06:51 AM
Nak tnya.. ID anissyuhada tu mahal x?
Quote Suchi 12-5-2023 06:55 AM
Dia nak wat wet kitchen ala2 open gitu kat luar tp awat tak cantikkan tembok konkrit/pagar tu elok?
Cat elok kasi lawa, buat ala mini garden memandangkan dia suka masak tanam semua pepokok yg digunakan dlm masakan pastu nnt leh wat content masak2. Mesti lg menarik video tunjuk amik daun kesom fresh depan mata je campak dlm piyuk.
Set up la dapur tu cecantik sbb yg skrg ni nampak mcm dapur kedai mkn jaah.
Quote Suchi 12-5-2023 06:59 AM
matjerk replied at 12-5-2023 06:51 AM
Nak tnya.. ID anissyuhada tu mahal x?

Mahal laa kot mana ada muroh zaman ni huhu, tak silap umah syuk yg dh kena jual tu pun dia juga buat kan? Sbb jenis tema all white/pastel tu mmg trademark dia. Tu abis beratus ribu gak tak silap, sygnya umah tu pun dah kena jual.
Quote matjerk 12-5-2023 07:01 AM
Suchi replied at 12-5-2023 06:59 AM
Mahal laa kot mana ada muroh zaman ni huhu, tak silap umah syuk yg dh kena jual tu pun dia juga bu ...

Betui2 mmg trademark dia gitu....
Forumer2 dlm ni x de ke pnh ambik mana2 ID.. share la.
Quote pujanggacinta 12-5-2023 07:11 AM
back garden semak mcm tu xde nyamuk ker...
mlm2 ada mesti ada cik tikus jln2 area dapur dlm taman...
jenuh ler ari2 kena deep clean
Quote anggeriklatifah 12-5-2023 07:29 AM
Memang ler kemas..ade org gani dok kemas.. dok cuci dapur 2 kali sehari...
Aku tak faham ler netizen yg dok puji2 artis dan org2 kaya ni...dok ler memuji bersih..kemas...pastu kagumm...
Kau igt depa ke yg menyental sapu vacume lap setiap hari umah diorng?????

Kau igt diorg
Quote seripahzeripah 12-5-2023 07:41 AM
Yerkkkk...kok ye pun dinding tu rerajin la suruh bibik sental sikit...tak pun cat baru la weh...parah naw berlumut..kembang tekak nak makan
Quote Fly_over 12-5-2023 08:01 AM
Edited by Fly_over at 12-5-2023 08:02 AM

pernah tgk trend ni kt indon fames bape tahun lepas open kitchen mcm tu ada laman. mmg lawa la. tp yg memey punya ni sama jela view dr tingkap dapur kampung sheols kt tenggaroh 3 tu. semak
Quote ladybugz 12-5-2023 08:05 AM
good idea tp i rasa mcm open tersangat la pulak, mcm hangat duk dapur campur hangat matahari. ke ada pintu boleh tutup bukak.

Lihat semua komen(135)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.046583 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top