CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Penjawat Awam Ponteng Kerja Layan Urutan Seks

11-5-2023 10:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3828| Komen: 42

Empat lelaki hari ini ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan wanita yang menawarkan khidmat urutan seks. Malah, tiga daripadanya merupakan penjawat awam.

Mereka yang berusia antara 30 hingga 45 tahun dan berstatus suami orang, ditahan di 10 premis sekitar pusat bandar dan Butterworth yang diserbu dalam operasi Op Noda bermula 3 petang hingga 7 malam.



PENGUAT kuasa terbabit Op Noda memeriksa premis yang disyaki menjalankan khidmat urutan seks di Pulau Pinang. FOTO Zuhainy Zulkiffli.

Ketua Unit Operasi bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) Mohd Azizon Noordin berkata, turut ditahan seorang wanita yang menawarkan khidmat urutan seks.

Katanya, operasi itu digerakkan selepas pihaknya melakukan risikan susulan aduan daripada isteri yang mendakwa suami mereka terbabit kegiatan tidak bermoral.

"Hasil serbuan mendapati kesemua mereka dipercayai menerima khidmat seks di premis yang berselindung di sebalik pusat urutan tradisional.


"Lebih mengejutkan ada penjawat awam yang meninggalkan pejabat ketika waktu bekerja, semata-mata bagi mendapatkan khidmat berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Mohd Azizon berkata, mereka yang ditahan mendakwa memerlukan khidmat itu untuk menghilangkan penat, manakala siasatan terhadap wanita pula mengaku aktiviti pelacuran itu sebagai sumber pendapatan.

"Namun kita dapati ada juga dalam kalangan mereka yang hanya makan gaji semata-mata daripada tauke premis.

"Biasanya operasi sebegini dibuat pada waktu malam tetapi risikan mendapati modus operandi lelaki hidung belang yang mendapatkan khidmat seks di pusat urut, kini turut berlaku pada waktu siang," katanya.

Menurutnya, semua yang ditahan dibawa pejabat JHEAIPP bagi tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri Pulau Pinang 1996.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ResellerMaxis 11-5-2023 11:25 PM
Agenda DAP nak menyesatkan orang Melayu.

Kalau Sanusi jadi pm sure tutup semua pusat maksiat macam ni.
Quote edayildiz 11-5-2023 11:32 PM
laki mcmni harus diseraikan
Quote VespaSilbe 12-5-2023 12:37 AM
Kulim dekat Petron pun ada..
Quote pocongkiutss 12-5-2023 01:06 AM
Celaka betul jantan2 ni bawak penyakit kat anak bini..harap mampos cepat
Quote kemaruk 12-5-2023 01:27 AM
jijiknya perangai

time waktu pejabat ko pergi cari cikcur

sekurang-kurangnya bangkem pergi untuk isi masa lapang jah
Quote matbad 12-5-2023 03:15 AM
ResellerMaxis replied at 11-5-2023 11:25 PM
Agenda DAP nak menyesatkan orang Melayu.

Kalau Sanusi jadi pm sure tutup semua pusat maksiat macam  ...

hahaha serius la tutup???berani kerat jari mai langkawiiii tgkk
Quote EriaDoritis 12-5-2023 03:50 AM
Tengah sihat ni sedaplah. Esok dah sakit menyusahkan anak bini
Quote ResellerMaxis 12-5-2023 04:06 AM
EriaDoritis replied at 12-5-2023 03:50 AM
Tengah sihat ni sedaplah. Esok dah sakit menyusahkan anak bini

Dia nak senangkan bini lah tu. Boleh bini gi shopping / riadah dari kena puaskan laki.
Quote ResellerMaxis 12-5-2023 04:07 AM
matbad replied at 12-5-2023 03:15 AM
hahaha serius la tutup???berani kerat jari mai langkawiiii tgkk

Damn. Kedai nombor ekor je ke dia tutup. Pusat urut masih bersepah? Xjadi ar kagum dengan Sanusi
Quote noor2 12-5-2023 05:33 AM
X pe..nanti tiap tahun kupeks tolong minta naik gaji dan bonus..

Anwar pun dgrnya nk naikkan gaji org gomen...
Quote Perwira2022 12-5-2023 06:57 AM
Biasalah... Daripada 1.6 juta penjawat awam, 1 juta adalah parasit yg menghisap darah rakyat melalui pelbagai jenis cukai.... Mereka ni biawak hidup yg dipikul kerajaan.... Kerja pemalas, takde keikhlasan, cukup bulan gaji tetap masuk walau tak perform, hujung  tahun muka tak tahu malu merengek minta bonus minta naik gaji, telefon pejabat tak nak angkat, 10 kaunter bukak 2
Quote matbad 12-5-2023 08:41 AM
ResellerMaxis replied at 12-5-2023 04:07 AM
Damn. Kedai nombor ekor je ke dia tutup. Pusat urut masih bersepah? Xjadi ar kagum dengan Sanusi

Hahahahaha siap xjdi kagum hahaha
Quote Kitty_catz 12-5-2023 08:44 AM
alah.. ni yg dlm mesia

yg salu pi obersea trip tu
Quote s@s@ 12-5-2023 08:50 AM
ni mesti pegawai kerajaan negeri ni....

xpun lantikan politik
Quote kakikuDibibirmu 12-5-2023 08:58 AM
Akak memang suka volcano massage dengan happy ending, terutamanya semasa urut body to body tu
Quote laksmanabentan 12-5-2023 09:02 AM
kakikuDibibirmu replied at 12-5-2023 08:58 AM
Akak memang suka volcano massage dengan happy ending, terutamanya semasa urut body to body tu{ ...

rasa tergesel2 gitu kannn...
tiba2 jer rasa macam ehhh ada sesuatu ni mengeras...
hahahahhaa...
Quote ally9970 12-5-2023 09:21 AM
Bukan ada intercourse pun...urut batin jer nih, pompuan tu tolong masturbate kan jer...
Quote sangbara2020 12-5-2023 09:24 AM
dia urut je kan...xde enjut2an kan...
ke aku yg xfhm versi cmni
Quote myakayina 12-5-2023 09:37 AM
sangat memalukan, waktu berkerja plk tu, lps tu sibuk menyalak minta kenaikan gaji etc..

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.081296 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top