CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekumpulan Kanak-Kanak Merangkak Di Jalan Raya Di Tawau Ketika Lampu Hijau

11-5-2023 10:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1344| Komen: 8

Tular video sekumpulan kanak-kanak melakukan aksi berbahaya di atas jalan raya di Tawau, baru-baru ini hingga mengundang pelbagai reaksi kurang senang warga maya.

Video yang dimuat naik di Facebook Mohd Rizwan Sazwan Akkas itu memaparkan beberapa kanak-kanak lelaki merangkak di tengah-tengah jalan.



FB

Menurut Mohd Rizwan lagi, kejadian itu berlaku di persimpangan lampu isyarat Takada Tawau.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook Subdia Ramlee turut berkongsi berkongsi pengalaman sama dengan Mohd Rizwan ketika melalui kawasan tersebut.

'Ini yang suami saya ceritakan tadi, mereka berbaring di tengah-tengah jalan buat aksi merangkak macam askar.

"Sudahlah suami memandu treler, takut juga terlanggar. Suami memberikan hon panjang dan tambah geram lagi mereka boleh pula bagi isyarat lucah," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberi pendapat berbeza selepas melihat video berkenaan.


Alexis Bong mendakwa rata-rata kanak-kanak yang berada di sekitar kawasan tersebut merupakan kanak-kanak tanpa kerakyatan.




"Anak-anak tiada IC (kad pengenalan) yang banyak disitu. Minta sedekah sejak dulu lagi, sudah dihalau tetapi masih lagi berkumpul di sana. Nak marah pun kasihan kadang-kadang," katanya.

Sementara itu, Timothy pula meninggalkan komen sinis selepas melihat video tersebut.

"Sudah boleh hantar pergi ke kem askar semua budak-budak itu. Nak sangat merangkak atas jalan raya macam askar," katanya.

Namun begitu, kejadian seperti ini bukanlah kali pertama berlaku, Majoriti sebelum ini pernah melaporkan sekumpulan kanak-kanak lelaki yang meminta sedekah di sebuah jalan dekat Kota Kinabalu, Sabah bergayut pada sebuah kenderaan. 


Sumber: Majoriti


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 12-5-2023 01:23 AM
Nak marah tapi kasihan..tu lah jadinya
Quote Farnor 12-5-2023 03:54 AM
Kalau guwe.takde kesian2 punya ler..memang guwe lempar jak apa barang ada di tngan dngan budak2. Menyusah betul.
Quote noor2 12-5-2023 05:28 AM
Budak2 dan mak bapak budak2 bodoh ni layak dilanggar sampai mati..tambah2 warga asing tanpa ic.....benci betul aku warga asing yg buat onar kat negara Malaysia ni...
Quote kitmal9545 12-5-2023 06:58 AM
kesihan akan bertukar menjadi bala kalau terlanggar
Quote JunkMail 12-5-2023 07:31 AM
Tahniah laaaa Malaysia bagi muka sangat kat pendatang..bagi keluar masuk sesuka hati..ambik rasuah kasi lepas ... Inilah jadinya..dah jadi negara lawless dgn rakyat low quality.. yihhhh
Quote krustykrab 12-5-2023 07:38 AM
JunkMail replied at 12-5-2023 07:31 AM
Tahniah laaaa Malaysia bagi muka sangat kat pendatang..bagi keluar masuk sesuka hati..ambik rasuah k ...

Bumi ni milik tuhan katanya, tp kalau ko masuk sikit je kwsn dia, terus dia maki hamun ko...konsep dia ko masuk la tinggal kt mana² pun janji jgn kacau kwsn aku...
Quote Kipaskiok 26-1-2024 11:40 PM
dik..tu jalan raya dik..bkn katil dik

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.041492 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top