CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tony Eusoff Harap Lebih Banyak Karya Mengetengahkan Isu Rogol

11-5-2023 09:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1131| Komen: 14

Tony Eusoff selaku pelakon utama drama adaptasi siri thriller British pencalonan BAFTA iaitu Liar yang mempertengahkan isu rogol bersetuju untuk membintangi siri tersebut kerana beranggapan jalan cerita seperti itu sepatutnya dipertengahkan. 



IG

“Saya harap ini satu permulaan untuk banyak lagi jalan cerita seperti ini… saya rasa sudah tiba masanya. Salah satu sebab saya terlibat dalam siri ini sebab cerita seperti ini perlu dipertengahkan. 

“Menariknya jalan cerita Liar ini bukan direka, tapi sememangnya banyak terjadi,” kata Tony. 

Tony bersama pelakon gandingannya aktres Tiz Zaqyah berkongsi mengenai drama lakonan mereka itu ketika sesi temu bual dalam episod baru Chun Wai’s YouTube Channel yang disiarkan pada 10 Mei lalu. 

Menerusi perkongsian itu, Chun Wai turut memuji drama siri tersebut memandangkan kes rogol di Malaysia mempunyai jumlah tertinggi melibatkan kanak-kanak dan remaja wanita. 




“Saya suka siri ini sebab dia membuatkan penonton berfikir. Sebab ramai orang tidak sedar, stastik menunjukkan kebanyakkan kes rogol berlaku di Malaysia. 

“Setiap hari kes rogol berlaku di Malaysia dan itu adalah fakta. Merujuk kepada laporan 2022, kanak-kanak dan remaja berusia 13 hingga 18 tahun yang menjadi mangsa rogol merupakan jumlah tertinggi di Selangor. 

“60 peratus daripada kes merogol berlaku ketika temu janji, mereka masukkan dadah dalam air minuman seperti mana yang terjadi dalam siri Liar,” kata Chun Wai. 


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gerbera.memopad 11-5-2023 10:03 PM
Best sangat series ni. Tak sabar nak tunggu every week.

Ada la akward sikit few scenes tapi overall best. Cinematography pun cantik. Lakonan Tiz menjadi sungguh. Dia kalau nangis tu meyakinkan sangat.
Quote Rogue98 11-5-2023 10:11 PM
Aku pun baru habis tengok 2 hari lepas. Jarang aku tengok drama melayu...last sekali drama high council n the hotel...not bad...tapi takde misteri lah...
Quote Jennyrol 11-5-2023 10:41 PM
Cite ni best .. rase geram je dgn aiman ni.. die ni jahat ke x sbnrnye
Quote I.K.A888990 11-5-2023 10:52 PM
best citer ni. terbaik sgt.
ni dah mati pulak si aiman aku nak tgk apa jadi.
rasanya yg citer liar ver british ni ada byk seasons. nak tgk yg kita punya mcm mana pulak
Quote dudaberhias 11-5-2023 11:33 PM
Siri ni best. Iols pun tengok. Tapi jangan la di banding dengan siri netflix. Of kos kaka akan kata netflix lagi best. Cumanya one step ahead lah untuk siri2 tempatan yang berkualiti.

Yang TV3 tu memang dah innalilah dah, semua slot drama dah di bolot dek producer kertu bau2 tanah kubo yang menanti ajal. Deorang dah sediakan drama2 sampah untuk di tayang untuk 5 tahun lagi. Astro je lah yang ok.

Quote fezy 12-5-2023 04:59 AM
I.K.A888990: best citer ni. terbaik sgt. ni dah mati pulak si aiman aku nak tgk apa jadi.rasanya yg citer liar ver british ni ada byk seasons. nak tgk yg kita puny ...

2 season je. tp total epi, sama je x silap. 12.
Quote meah_kelabu 12-5-2023 08:38 AM
I.K.A888990 replied at 11-5-2023 10:52 PM
best citer ni. terbaik sgt.
ni dah mati pulak si aiman aku nak tgk apa jadi.
rasanya yg citer liar  ...

kat mane nk tgk yg version omputeh pnye? netflix ade tak
Quote elnor_81 12-5-2023 08:56 AM
dudaberhias replied at 11-5-2023 11:33 PM
Siri ni best. Iols pun tengok. Tapi jangan la di banding dengan siri netflix. Of kos kaka akan kata  ...

Xleh bren dh drama tibitiga. Meluat tgk cte yg amyra rosli tu. Ad lg ke mak mertua jahat nak mampus cmtu?
Quote I.K.A888990 12-5-2023 10:30 AM
fezy replied at 12-5-2023 04:59 AM
2 season je. tp total epi, sama je x silap. 12.

aah baru tgk wiki liar ni
haha confius pulak dgn drama lain
Quote I.K.A888990 12-5-2023 10:32 AM
meah_kelabu replied at 12-5-2023 08:38 AM
kat mane nk tgk yg version omputeh pnye? netflix ade tak

tak pasti la ada tak kat netflix tapi u try google liar drama full. i tgk kat dailymotion je. dpt la tgk dr takde
Quote dudaberhias 12-5-2023 10:35 AM
elnor_81 replied at 12-5-2023 08:56 AM
Xleh bren dh drama tibitiga. Meluat tgk cte yg amyra rosli tu. Ad lg ke mak mertua jahat nak mampu ...

itulah... stuck in 2014 gittew...
masalahnya iols lagi meluat dek lakonan mata jarak tu...
dari dulu sampai sekarang macamtu jah... keras kejung kaku kayu...
padahal asyik dapat watak sama je, watak pompuan di aniaya...


watak si ritrud mami jarum junior tu lagi hidup...
pakej lagi meluat pergi ambil hero si muka kucing kurap oyen tu... penuh sabut nyoq... lagi lah geli... yang tu seko lagi asyik dapat watak laki lembam dayus macam si syukri kazim elias...



Quote elnor_81 12-5-2023 11:44 AM
dudaberhias replied at 12-5-2023 10:35 AM
itulah... stuck in 2014 gittew...
masalahnya iols lagi meluat dek lakonan mata jarak tu...
dari dul ...

Aku meluat watak jantan tu. Buruk janggut mcm tampal je.hahaha
Quote tweetytweety 12-5-2023 02:22 PM
acik memang follow Liar ni dari mula lagi. Pepagi hari Sabtu seawal 8 pagi dah dok lepak tivi.
ingatkan si Lara (Tiz Zakiah) yang sengal. rupa2nyer si Dr Aiman yang saiko. rupa-rupanya modus operandi belajar dari senior Uni dia.
Quote kerz 12-5-2023 02:38 PM
Filem hindi A Thursday pun dia ketengahkan isu rogol jugak..tpi takde la diorg tayang terang2 scene rogol..pengarah olah watak dan jalan citer dgn cara bijak..heroin tuntut keadilan tp dgn cara salah...tp bila difikir balik, dia tak buat salah pun...dia cuma mengugut polis dan menteri jer...citer ni mcm ni buat kita fikir bukan mcm drama astrok bengap kul 10 tu

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.101147 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top