CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelaku Mengaku Salah Guna Pili Bomba Di Kelantan, Dah Bayar Kompaun

11-5-2023 09:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1124| Komen: 21

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan pelaku curi air pili bomba di Kelantan baru-baru ini, bersalah dan sudah membayar kompaun.

Menerusi kenyataan Bahagian Pengurusan Korporatnya di sini, penalti dikeluarkan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang berdasarkan siasatan JBPM negeri itu.


“Pelaku, Tuan Salehuddin Tuan Mat dikompaun menurut Seksyen 26 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) iaitu kesalahan penyalahgunaan pili bomba,” katanya.


TANGKAP layar daripada hantaran media sosial yang tular mengenai isu sebuah lori mencuri air dari sebuah pili bomba di Kelantan ketika Hari Raya Aidilfitri.

Baru-baru ini tular kalangan pengguna media sosial tempatan mengenai foto memaparkan sebuah lori yang diupah seorang ahli parlimen di Kelantan mencuri air dari pili bomba.

Kontraktor tersebut dipercayai melakukan kesalahan itu kerana hendak menyalurkan air kepada ramai penduduk yang mengalami ketiadaan bekalan sepanjang Hari Raya Aidilfitri.


Isu itu mendapat perhatian Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasain turut menafikan ada menerima permohonan.

Mengulas lanjut, kenyataan itu berkata, status kes tersebut telah selesai di luar mahkamah dan pelaku mengaku salah serta membayar kompaun RM100 pada 8 Mei lalu,” katanya.

JBPM menegaskan bahawa mengikut Seksyen 26 Akta 341, ia adalah melakukan suatu kesalahan jika didapati sengaja menggunakan pili selain tujuan menentang kebakaran.

“Malah adalah salah sekiranya sesiapa menutup, mengepung atau menyembunyikan pili sehingga tempat itu sukar dipastikan atau mengganggu mana-mana pili bomba,” katanya.

Bahkan ujarnya, Seksyen 23(1) Akta 341 menerangkan bahawa tiada seorang pun selain pihak berkuasa air boleh melakukan kerja menjejaskan pili itu atau aliran air kepadanya.

Pihak berkuasa air juga kena memberikan notis bertulis berkaitan kerja dilakukan kepada Pengarah JBPM negeri sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum kerja itu boleh dimulakan.

Walau bagaimanapun, dalam situasi kecemasan pula, kerja itu boleh dilakukan terlebih dahulu tetapi notis hendaklah dikemukakan dengan segera kepada pengarah berkenaan.

Justeru kenyataan itu menambah, apa-apa kerja yang menjejaskan aliran air ke pili bomba turut perlu mendapat kelulusan dan persetujuan Pengarah JBPM negeri secara bertulis.

Ini demi memastikan operasi pemadaman tidak terjejas sekiranya berlaku sesuatu kes kebakaran kerana penyalahgunaan pil boleh mengakibatkan kekurangan isipadu dan tekanan.


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orenn1 11-5-2023 09:44 PM
Mentaliti pemimpin kelantan, so mcm mana negeri tu nak maju huh
Quote Orenn1 11-5-2023 09:45 PM
Hiduplqh korg sebagaii negerii talibann selamanya huh
Quote zarulnazmi 11-5-2023 10:05 PM
Mengulas lanjut, kenyataan itu berkata, status kes tersebut telah selesai di luar mahkamah dan pelaku mengaku salah serta membayar kompaun RM100 pada 8 Mei lalu,” katanya.


Kena RM100 je. Celah gigi dia je kompaun tu. Patutlah senang je setel luar mahkamah.
Quote bakingsoda 11-5-2023 10:50 PM
aikkk kata tak mencuri dan2 aksb yg awalnya kata si lahnat tak dapat kebenaran mai bekap kata dapat green light. dahtu kenapa yg kena kompaun nama salehuddin eh? kambing itam ke ape?
Quote iman_kasih 11-5-2023 11:01 PM
Murahnya kompaun..patut la orang tak heran. Nama naik lagi sebagai yb yang prihatin.
Quote mojarean_X 11-5-2023 11:26 PM
Kak Lah ni kiranya telah menipu ke?
Quote renko 11-5-2023 11:36 PM
Kulit merah mesti ketap bibir maki bomba
Quote mdhelmi 12-5-2023 08:47 AM
memang selalunya serah diri, mengaku salah, buat sebab tak tau benda tu salah, buat atas sebab2 tertentu untuk bantuan, dah tak keje, ada tanggungan anak 10 orang, ,janji tak buat lagi dan etc....
kompaun mesti bole diskaun (atas budi bicara dengan pegawai)
untung bayar 100, kalau tak rasanya bayar 50 je
yg selalunya buat salah tapi tak mengaku salah lepas tu sombong bongkak tak sedar diri tu selalunya kompaun berganda2
Quote tripleid 12-5-2023 10:46 AM
tak pasal2 ada yg kena jadi kambing hitam..

Quote shamsadis 12-5-2023 10:52 AM
aku pernah nampak orang curi air pakai lori tangki di Taman Cendana, Pasir Gudang, dalam tahun 2006.

aku call SAJ, SAJ bagitau report ke Bomba.

call Bomba, Bomba bagitau report ke SAJ, sebab air SAJ yang kena curi.

hujung2, aku report kat polis trafik yang buat sekatan jalan raya depan ni, polis trafik tegur, tak datang dah lori tu....
Quote cikatilia 12-5-2023 10:52 AM
sskjp ni dari atas sampai bawah sama aje..
yg bertebaran kat luar velantan also sgt2 annoying.. perangai mcm hantu
Quote pokokmeranti 12-5-2023 10:53 AM
xde alternatif lain ke? contohnya sedut air di sungai belakang tesco ke
Quote krustykrab 12-5-2023 10:55 AM
Seratus je?
Quote krustykrab 12-5-2023 10:55 AM
shamsadis replied at 12-5-2023 10:52 AM
aku pernah nampak orang curi air pakai lori tangki di Taman Cendana, Pasir Gudang, dalam tahun 2006. ...

Sb tu skrg ni org pilih viralkn dulu
Quote krustykrab 12-5-2023 10:57 AM
tripleid replied at 12-5-2023 10:46 AM
tak pasal2 ada yg kena jadi kambing hitam..



Quote doubleharmonic 12-5-2023 11:02 AM
padan muka ko babi
Quote doubleharmonic 12-5-2023 11:03 AM
dasar lahnat selayaknyalah dengan nama ko tu zailahnat
Quote krustykrab 12-5-2023 11:03 AM
mojarean_X replied at 11-5-2023 11:26 PM
Kak Lah ni kiranya telah menipu ke?

Mana boleh tipu..ahli pas tu..diorg tau dosa pahala...yg salah tu kontraktor tu


Quote doubleharmonic 12-5-2023 11:04 AM
siap buat banner bunting segala tu yachg gantung kat lori eh sempat pulak ko? kata kecemasan yihhhh dasar babi lahnat punya zailahnat

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.090061 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top