Nurul Shuhada menarik nafas lega apabila keputusan siasatan dakwaan suaminya, Hafidz Roshdi yang menuduh dia sengaja menggugurkan kandungan akhirnya berpihak kepadanya. Shuhada menerusi kenyataan di Instagram berkata, tuduhan Hafidz terhadapnya itu tidak betul malah suaminya juga enggan menceritakan hal sebenar.
“Bila tak ada kes. Maknanya tuduhan Hafidz kata Shu tak jaga baik-baik. Konon-konon sengaja. Tak betul. Tak tepat. Bukan takat satu laporan, lebih. Entah apa niatnya? Shu ni dah sampai tahap reda saja. “Buatlah apa nak buat. Hadap je semua. Waktu Hafidz bagi statement dekat media. Shu tak boleh komen, siasatan tengah jalan. Jadi hari ini sah, Shu tak salah. Shu balas komen Hafidz berikan dekat media fasal keguguran. Berat sebelah dan tak ceritakan hal sebenar,” katanya. Tambah Shu lagi, Hafidz sebenarnya langsung tidak mengambil berat mengenai keadaan kandungan dan dua orang anak mereka. “Bila Hafidz kata ‘Hafidz suruh dia jaga kandungan-kandungan baik-baik’. Maaflah, tak sama dengan apa yang awak kata bila awak minta saya tarik balik laporan polis. Fakta awak tak sama dengan apa yang awak ceritakan. Mudah bagi awak, tak ada dalam tempat saya. “Tak dikhianati, tak dipukul dan tak mengandung dengan tekanan yang berlaku. Mengandung bukanlah proses yang senang. Ada orang ok. Ada orang teruk alahan. Tambah pulak tekanan macam-macam. Shu ni, hari-hari berjuang nak bagi kuat semangat,” ujarnya. Dalam pada itu, Shuhada turut menegaskan dia mempunyai bukti kukuh iaitu laporan daripada doktor yang mengesahkan keguguran yang dialaminya itu disebabkan oleh tekanan. “Tak apa. Shu ada laporan doktor yang Shu gugur akibat tekanan. Shu ada bukti laporan perubatan keadaan Shu dan macam situasi yang dia letakkan sebabkan Shu alami tekanan. Biar bukti yang sokong Shu dan bukan skrip yang dia reka,” katanya. Terdahulu, pelakon Hafidz Roshdi telah membuat dua kali laporan polis terhadap Nurul Shuhada atas dakwaan isterinya sengaja menggugurkan anak ketiga mereka. Hafidz turut mendakwa dia mempunyai bukti Nurul Shuhada ada memintanya duit untuk kos keguguran, namun tiada bukti resit daripada hospital. Sumber: Gempak
|
sharlenetexas replied at 11-5-2023 09:46 PM
Gmbr tu nurse kpj ke? Ada ke spital kpj kat perlis? Spital swasta lain?
joy_ah replied at 11-5-2023 09:57 PM
jap mcm mana doktor tau keguguran tu disebabkan tekanan dan situasi kehidupan?
primarikey replied at 11-5-2023 09:45 PM
Tolong senyap bole tak shu
Semua nk cite kt org
Korg bkn sape2 pn
zuriey replied at 11-5-2023 10:20 PM
Kalau dia diam korng juga tuduh dia fake pregnancy
Biar la dia nak meroyan
sharlenetexas replied at 11-5-2023 09:46 PM
Gmbr tu nurse kpj ke? Ada ke spital kpj kat perlis? Spital swasta lain?
primarikey replied at 11-5-2023 09:45 PM
Tolong senyap bole tak shu
Semua nk cite kt org
Korg bkn sape2 pn
joy_ah replied at 11-5-2023 09:57 PM
jap mcm mana doktor tau keguguran tu disebabkan tekanan dan situasi kehidupan?
immaryjane replied at 11-5-2023 01:41 PM
Iols ni menyampah jgk dgn pompuan ni, tp tk ade la sampai tduh dia fake kn pregnancy dia. Coz minah ...
ADVERTISEMENT