CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah Sewa Di Bandar Sunway Dijadikan Tempat Pelacuran Warga Asing

11-5-2023 09:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 823| Komen: 3

Penahanan dua wanita membongkar aktiviti pelacuran dan khidmat seks kepada warga asing yang berselindung di sebalik rumah sewa di Bandar Sunway.

Dua wanita warga Sri Lanka berusia 30 dan 38 tahun itu ditahan enerusi Op Noda bermula pukul 11 malam.



Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pemeriksaan di rumah itu menemui beberapa barang yang disyaki diguna untuk tujuan pelacuran seperti kondom, tisu selain rampasan wang tunai.

“Siasatan awal mendapati wanita terbabit menggunakan khidmat orang tengah untuk mencari pelanggan dan bayaran yang dikenakan adalah RM60. 

“Mereka ini mensasarkan pelanggan di kalangan warga Bangladesh dan India,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek dipercayai telah aktif sejak tiga bulan lalu di rumah yang disewa mereka.

Katanya, kedua-dua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Bandar Sunway dan telah direman 14 hari sehingga 23 Mei untuk siasatan lanjut.


“Kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan serta Akta Imigresen 1959 dan 1963,” ujarnya.

Tambah Wan Azlan, pihaknya menasihati orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kegiatan yang mencurigakan kepada balai polis yang berdekatan dengan kadar segera untuk tindakan lanjut.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nizleen86 11-5-2023 10:48 PM
Mentari court ke tu?
Quote ally9970 12-5-2023 04:06 PM
Ok lah tu, dia cari tempat utk melunaskan nafsu dia dari dia dok harass org tempatan...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.030447 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top