CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Baru Jalan Dua Langkah Dah Toleh Belakang, Kenapa Saya Diserang?' - Kamal Adli

11-5-2023 08:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 655| Komen: 1

Kamal Adli baru terbuka untuk mengulas insiden diserang dengan cota besi oleh seorang lelaki tidak dikenali di Singapura, Mac lalu.

Pelakon itu membuak kemunculan kali pertama selepas insiden berkenaan semasa sidang akhbar program baharu terbitan Astro Warna, Mega Spontan di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.



IG

Selepas insiden yang menyebabkan dirinya perlu menjalani pembedahan di bahagian kepala, Kamal belum pernah muncul dalam mana-mana acara selepas berehat selama hampir dua bulan di rumah.

Kamal berkata, dia juga mengalami trauma sehingga takut keluar rumah dan hilang kepercayaan terhadap orang di sekeliling.

“Selepas diserang, baru saya tahu bagaimana perasaan trauma itu. Sama ada hendak keluar rumah atau muat naik kandungan di media sosial.

“Semua benda kita buat jadi tak seronok. Sampai saya duduk terfikir kenapa kejadian itu berlaku? Apa motif penyerang dan kenapa saya diserang?” katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Kesan insiden tersebut, suami kepada pelakon, Uqasha Senrose ini mengambil langkah berjaga-jaga dengan sentiasa memakai pelitup muka ketika keluar rumah.

“Itupun orang masih kenal dan tegur saya. Masa bulan puasa saya pergi bazar, baru berjalan dua langkah, sudah toleh ke belakang.

“Apapun saya perlu lalui benda ini dan perlu jadi Kamal yang dulu, sebab nanti perlu bekerja juga,” katanya.

Mengulas lanjut, Kamal berkata, dia tidak boleh memberikan sebarang kenyataan mengenai insiden tersebut kerana bimbang akan disalah tafsir dan dijadikan modal oleh individu yang menyerang dirinya.

“Kes akan mula bicara pada 31 Mei depan di Singapura. Pihak polis cakap kes masih dalam siasatan walaupun identiti suspek sudah dikenal pasti. Saya tak pernah kenal dan jumpa suspek sebelum ini,” katanya.


IG

Dua bulan lalu, pelakon berusia 37 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian kepala ketika sedang bergambar bersama peminat di sebuah acara ekspo di Singapura.

Kejadian yang berlaku pada malam Ahad itu, menyebabkan bahagian belakang kepalanya berlumuran darah selepas dipukul bertubi-tubi sehingga perlu menjalani pembedahan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 11-5-2023 09:08 PM
Hujung2 heshe jugak kena berjaga2 dengan orang sekeliling. Bini rilek jah. Yang buat hal orang lain. Tapi orang lain pulak yang kena hempuk.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.040972 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top