CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Jadi Kahwin Dengan Ahmad Adam, RM84,600 Yang Lesap

11-5-2023 07:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 489| Komen: 5

Wanita diperdaya kenalan lelaki menerusi media sosial yang mendakwa menetap di United Kingdom (UK) berputih mata apabila RM84,600 lesap.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, mangsa berusia 57 tahun mula mengenali lelaki bernama Ahmad Adam itu menerusi Facebook pada 25 Februari lalu.



Gambar hiasan

Beliau berkata, selepas beberapa minggu berkomunikasi dengan lelaki berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp, suspek menyatakan mahu pulang ke negara ini bagi mengahwini mangsa.

"Mangsa kemudian dihubungi oleh seorang wanita mengaku sebagai pegawai Kastam memaklumkan Ahmad Adam ditahan kerana membawa wang (mata wang pound sterling) yang banyak.

"Mangsa diarahkan untuk membuat beberapa pembayaran bagi melepaskan lelaki itu.

"Mangsa membuat pembayaran dengan melakukan transaksi sebanyak lapan kali ke akaun Bank Islam berjumlah keseluruhan RM84,600," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.


Sohaimi berkata, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu apabila kehabisan wang simpanan serta menceritakannya kepada ahli keluarga.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Siasatan juga merangkumi pembabitan keldai akaun sekiranya wujud serta tindakan susulan akan dilakukan," katanya.

Sementara itu, dalam satu kes berasingan, Mohd Sohaimi berkata, seorang wanita warga emas menjadi mangsa satu sindiket pelaburan pokok gaharu yang dipercayai tidak wujud.

Menurutnya, mangsa berusia 64 tahun yang berminat dengan skim pelaburan tersebut telah menghadiri satu seminar pada 2019.

"Suspek menjanjikan pulangan modal serta keuntungan yang tinggi jika mangsa melabur dengan cara membuat pembelian pokok gaharu dan suspek berjanji akan membeli semula pokok-pokok tersebut dengan harga yang tinggi," katanya.

Beliau berkata, mangsa membuat pembelian 66 pokok gaharu secara dalam talian pada 2019 keseluruhan berharga RM99,000.

"Mulai Oktober 2019 hingga Ogos 2021 mangsa menerima pulangan balik RM44,000 namun kemudian suspek gagal dihubungi.

"Mangsa mengalami kerugian RM55,000 dan mencari suspek di pejabat namun mendapati syarikat berkenaan tidak beroperasi.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan juga merangkumi pembabitan keldai akaun sekiranya wujud serta tindakan susulan akan dilakukan," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 11-5-2023 09:56 PM
Fefet dah berkedut pun, gatal birah lagi berangan nak berjantan duduk UK. Umur 57 tahun tapi akal - 57
Tah2 bwh tu dah kering kontang mcm Sahara Desert, ada hati nak sarviss Ahmad Adam  
Quote otai_g 11-5-2023 09:59 PM
Carcosa replied at 11-5-2023 09:56 PM
Fefet dah berkedut pun, gatal birah lagi berangan nak berjantan duduk UK. Umur 57 tahun tapi akal -  ...

Da umor menopaus tu bang. Agak2 lah.

Nasib dia la duit da abes. Tlng bg alamat rumah seri kenangan pd beliau.
Quote Carcosa 11-5-2023 10:03 PM
otai_g replied at 11-5-2023 09:59 PM
Da umor menopaus tu bang. Agak2 lah.

Nasib dia la duit da abes. Tlng bg alamat rumah seri kenang ...

Tulah tu.

Nak kompol RM84k+ sikit punya lama.
Sekali Ahmad Adam rembat, tak sampai 3 bulan dah lecennnn
Quote shernazz 11-5-2023 10:07 PM
Cite kena tipu mamat Dari uk ni Dari zaman tagged n YM lagi kan...
15 tahun dulu dah ada dah
Masih tak alert
Adoi..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.100488 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top