Tembakan dilepaskan seorang lelaki ke arah kilang Mercedes-Benz di barat daya Jerman pada Khamis meragut dua nyawa pekerja lelaki. Berikutan kejadian, suspek berusia 53 tahun berjaya ditahan susulan kejadian di Sindelfingen, kata jurucakap pejabat pendakwa raya Stuttgart.
Polis yang menerima panggilan kecemasan pertama berhubung kejadian sekitar jam 7.45 pagi memaklumkan sedang menyiasat motif tindakan suspek. Menurut laman web syarikat, kilang di Sindelfingen dengan kira-kira 35,000 pekerja itu mengeluarkan sedan mewah E-Class dan S-Class serta coupe CLS dan GLC. Ia juga menempatkan jabatan perancangan, pembelian dan pembangunan serta reka bentuk. Sumber: AWANI
|
ADVERTISEMENT