CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Leher Budak Darjah 2 Cedera Akibat Dibuli Ketika Pendidikan Jasmani

11-5-2023 07:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 759| Komen: 3

Seorang ibu meluahkan kekesalannya di Facebook, mendakwa leher anaknya mengalami kecederaan serius susulan satu kejadian tidak diingini berlaku ketika bermain bola sepak ketika Kelas Pendidikan Jasmani.


Menerusi perkongsian di Facebook, ibu murid lelaki Tahun Dua itu mendakwa kejadian menimpa anaknya berlaku akibat dibuli rakan sekolahnya.

Bagaimanapun semakan mendapati perkongsian terbabit sudah dipadamkan.


Murid lelaki Tahun Dua didakwa mengalami kecederaan serius di bahagian leher susulan satu kejadian tidak diingini yang berlaku ketika bermain bola sepak dalam Kelas Pendidikan Jasmani. - Foto tular

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Chris Lee Chin Kit, yang mewakili Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada 6 Mei lalu selepas disebar menerusi media sosial susulan ibu mangsa memuat naik foto kecederaan dialami anaknya.


Katanya, beliau sudah bertemu ibu dan murid berkenaan bagi memberi sokongan emosi, selain mengemaskini maklumat berhubung kejadian, sekali gus mengadakan mesyuarat bersama wakil sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut.

"Kekesalan ditunjukkan semua terhadap kejadian yang menyebabkan kecederaan kepada murid itu yang mana siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kelas Pendidikan Jasmani.

"Justeru, saya memohon supaya tiada sebarang spekulasi dibuat mengenai perkara itu dan yakin semua pihak sudah melakukan segala-galanya dalam kuasa mereka bagi mencegah kejadian daripada berulang.

"Sekiranya berlaku sebarang masalah disiplin, kerjasama penuh dengan semua pihak berkaitan akan diambil bagi memastikan keselamatan murid, malah mangsa akan terus diberi sokongan apabila dia pulih daripada kecederaan," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Chin Kit berkata, murid terbabit didapati menunjukkan perkembangan baik dalam proses pemulihan dan dijangka mampu pulih sepenuhnya.

"Pada masa ini, dia masih dikehendaki memakai pendakap leher dan saya merayu kepada semua pihak termasuk media supaya memberi ruang kepada keluarga berkenaan bagi pulih sepenuhnya," katanya lagi.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata pihaknya sedang melakukan semakan berhubung kejadian.

Terdahulu, menerusi perkongsiannya, ibu mangsa mendakwa dia sudah memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah tetapi tidak menerima maklum balas, selain enggan mengambil tindakan terhadap pembuli anaknya.

Ibu mangsa mendakwa, akibat kejadian itu, leher anaknya mengalami kerosakan serius pada vertebra serviks dan otot sehingga menjejaskan bahu dan kakinya (tibia) malah doktor mengesahkan murid itu memerlukan terapi fizikal jangka panjang untuk pulih.


Sumber:BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 11-5-2023 07:33 PM
aduh apa la yg dibuatnya… siap kena hang the thing gitu
Quote Kipaskiok 26-1-2024 11:42 PM
xde pemantauan ke??

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.118391 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top