CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hadiah Ulang Tahun Paling Bermakna Sepanjang Hidup Ziana Zain Dapat Buat Konsert Di DFP

11-5-2023 06:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1020| Komen: 10

“Best birthday gift ever! Sungguh… Hadiah ulang tahun paling bermakna sepanjang hidup saya."

Ibarat mimpi yang menjadi pencapaian besar dalam kariernya, Ziana Zain bersyukur hasratnya membuat konsert di pentas berprestij, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) baru-baru ini tercapai.



IG

“Saya menyambut usia saya 55 tahun dengan menyanyi dipentas berprestij bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO). 

“Pentas yang saya idam-idamkan. Alhamdulillah tercapai juga akhirnya. Inilah yang dinamakan rezeki. Bila Allah dah tetapkan maka dapatlah bahagian rezeki saya.

“Saya tidak pernah berhenti berharap dan sentiasa berdoa bahawa satu hari nanti saya juga akan berdiri di pentas berprestij ini,” katanya ketika ditemui Gempak.

Mengulas mengenai persembahan, Ziana berkata apa yang menjadikan konsert itu lebih istimewa adalah dengan kehadiran penyanyi-penyanyi lagenda iaitu Datuk Hail Amir dan Sanisah Huri.


“Saya berasa sangat gembira kerana diberi penghormatan untuk berada satu pentas bersama dengan lagenda-lagenda yang saya hormati.

“Bagi saya ia adalah satu malam kenangan yang paling saya ingati, menyanyi bersama idola yang saya lihat persembahan mereka sejak kecil lagi.

“Saya berasa sangat bersyukur atas rezeki yang Allah berikan kepada saya,” ujarnya.


IG

Selain Datuk Hail Amir dan Sanisah Huri, Bob Yusof juga merupanya penyanyi yang membuat persembahan.

Konsert Raya Sepanjang Zaman ini sememangnya memberikan nostalgia buat penonton yang hadir.

Lebih-lebih lagi seleksi lagu raya klasik dipilih juga merupakan lagu-lagu popular kegemaran ramai.

Antaranya lagu-lagu yang dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Datuk DJ Dave, Datuk M Nasir dan ramai lagi.

Antara lagu raya yang didendangkan adalah Seloka Hari Raya, Dendang Perantau, Bersabarlah Sayang, Menjelang Hari Raya, Aidilfitri, Indah Di Hari Raya, Cahaya Aidilfitri, Suara Takbir, Suasana Riang Di Hari Raya, Satu Hari Di Hari Raya dan Salam Dunia.
 

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 11-5-2023 10:16 PM
kenapa takda pondan zianafolks yang update pasal konsert ni kat sini? semua dah kertu ke uols? meols ada nampak iklan konsert ni kat FB feed aritu masa puasa. Laku ke idok sis?
Quote shida81 11-5-2023 10:29 PM
55 da umur dia.. Klu keje da blh kuar epf
Quote stingergrumpy 11-5-2023 10:47 PM
Rezeki paling bermakna bagi ko? 55 tahun ko hidup atas bumi Allah ini berapa banyak nikmwt rezeki yg telah dilimpahkurniakheun pada ko yg telah ko kufuri ....?
Quote dudaberhias 11-5-2023 10:52 PM
Lawanya baju tu...

Btw ada tak sesi ponen bottom kena sumpah jadi beruk macam dekat konsert tokti? Ke semua ponen tu dah pindah jadi fans aina abdul wajah permukaam jalan tak berturap.

Quote sharlenetexas 11-5-2023 10:53 PM
shida81 replied at 11-5-2023 10:29 PM
55 da umur dia.. Klu keje da blh kuar epf

Dah boleh keluar duit epf masa jadi pramugari dulu.


Quote sharlenetexas 11-5-2023 10:55 PM
Violinist belah kanan tu mcm jebat arjuna kee.


Quote sharlenetexas 11-5-2023 10:57 PM
Yang main bassoon tu dimitri stoyanov ke apa tah nama dia.

Quote cicicumel 11-5-2023 11:02 PM
Dah sebijik muka bini rizman ruzaini
Quote silampumeja 11-5-2023 11:25 PM
Laa tak tahu pun
Quote dekmieDandy 12-5-2023 09:34 AM
tak tahu pun ada konsert

harap boleh byat cale lagi besar pasni

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.040642 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top