Datin Rebecca Nur Al Islam sedang sarat mengandung anak keenam dan bakal melahirkan bila-bila masa sahaja. Menerusi perkongsian di Instagram, Rebecca memuat naik sebuah video yang memaparkan perkembangan kehamilannya.
Menerusi rakaman pendek tersebut, Rebecca memaklumkan dia akan melahirkan bayi keenam secara pembedahan. “Esok (hari ini) mummy akan dimasukkan ke hospital dan Jumaat pagi saya akan melahirkan baby boy, Insya-Allah. “Doakan saya semoga dipermudahkan. Tak normal tapi Czer (pembedahan),” katanya ringkas. Terdahulu, kehamilan Rebecca dikatakan berisiko tinggi kerana kesemua cahaya mata yang dilahirkan adalah menerusi pembedahan. Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nur Azman Sulaiman, 54, pada 14 Januari 2011 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 10, Nor Anggerik Renesmee, 9, Nor Aliff Al-Raffael, 6, Nor Ahmed Al-Raeggan, 3, dan Nor Aurora Riana, 3.-CARI
Sumber: XTRA
|
Rogue98 replied at 11-5-2023 07:26 PM
Selera dia dgn suami dia....
kerani_je replied at 11-5-2023 08:29 PM
Selera dgn duit laki nye la..ape de hal.. Janji beranak swasta, maid bersusun sorang satu anak. H ...
Rogue98 replied at 11-5-2023 07:26 PM
Selera dia dgn suami dia....
ADVERTISEMENT