CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mengarut Ada Unsur Mistik, Budak 6 Tahun Memang Tahu Kendali Kereta "Dia Siap Demo Hidupkan Enjin,Turunkan Brek Tangan"

11-5-2023 04:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4868| Komen: 116

LANGKAWI – Polis menolak sebarang unsur mistik yang dikaitkan dengan kejadian kereta dipandu kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari memberitahu, pihaknya menolak dakwaan terdapat kejadian mistik seperti ditularkan di media sosial.

Katanya, kanak-kanak terlibat telah ditemu bual semasa dibawa ke Balai Polis Trafik Langkawi keterangan ibu bapanya diambil.


Foto: Kosmo

“Berdasarkan siasatan yang dibuat, kanak-kanak terbabit didapati mengetahui fungsi pedal minyak dan gear.

“Kanak-kanak terbabit menunjukkan cara menghidupkan enjin dan dapat menghidupkan enjin apabila diminta selain menunjukkan bagaimana cara menurunkan brek tangan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kanak-kanak itu juga boleh menerangkan tentang penggunaan gear kepada pegawai penyiasat trafik.


“Pada malam kejadian, kanak-kanak terbabit mengundurkan kereta dahulu sebelum keluar dari pekarangan rumah.

“Jarak rumah dengan kedai yang ingin dituju sejauh lima kilometer, namun terlibat kemalangan ketika sudah memandu separuh jalan,” ujarnya.

Shariman memberitahu, pemeriksaan kamera papan pemuka kereta bagaimanapun mendapati pemanduan tidak begitu stabil dengan kadang kala sedikit memasuki lorong bertentangan, ke kiri dan ke kanan.

Kosmo! Online hari ini melaporkan budak enam tahun yang memandu kereta Toyota Vios di Langkawi mendakwa kereta itu dipandu oleh makhluk berbulu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 11-5-2023 04:48 PM
Hahahah meleis sket-sket mistik. Elok bdk tu tunjuk polis. Mak pak try putar halim le ni….
Quote BoongaKertas 11-5-2023 04:50 PM
tercidukkkkk. hahahahaha
Quote Rdizz 11-5-2023 04:55 PM
Takut ler tu mak pak bodoh. Takut kena dakwa cuai. Menipu pulak, memang something lah 2 ekor mak pak x cukup otak umur berapa tah dah kawin. Kereta langkawi murah, tah2 buat rmh atas tnh haram, padan dgn mentaliti longkang.
Quote noor2 11-5-2023 04:55 PM
Cane dia boleh tahu gear D tu....ishhh geram betul kalau dia ni jenis perati mak pak buat..dan bahaya juga...tgk bapak merokok dia pun nk try nanti..atau tgk mak pak bermesra...
Quote noor2 11-5-2023 04:56 PM
Rdizz replied at 11-5-2023 04:55 PM
Takut ler tu mak pak bodoh. Takut kena dakwa cuai. Menipu pulak, memang something lah 2 ekor mak pak ...

Instinct aku rasa ayah dia ada ajar....ada suruh bawak slow2
Quote Suchi 11-5-2023 04:59 PM
Edited by Suchi at 11-5-2023 05:06 PM

Hahaha,kat fb sibuk org nak paksa gak percaya unsur mistik pastu mula la nak ugut2 org kalau tak caya.

Mohon polis dakwa la mak pak bebudak ni, anak2 umur ni mmg semua menda dia nk buat sendiri. Mcm tu la anak iols sikit2 nak wat seniri nak wat seniri..
bapak budak ni mmg selama ni dah biasakan budak ni ngn keta tu, mesti dah biasa buh atas riba pastu bawak pusing2 kan..kat fb ada nampak video dia main simulator org share so?
Ke nak salahkan tokwan berbulu lebat lagi?
Quote misc 11-5-2023 05:02 PM
Aku rasa kalau budak ni drive Axia sure sampai ke kedai yg sejauh 5km tu.
Quote EriaDoritis 11-5-2023 05:02 PM
noor2 replied at 11-5-2023 04:56 PM
Instinct aku rasa ayah dia ada ajar....ada suruh bawak slow2

Iye...memang ada spesis gitu.
Pastu bangga anak kecik boleh drive.
Bila ada kes...merapu reka cerita
Quote prince_marhaen 11-5-2023 05:04 PM
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA....beriya mak pak buat voicenote suh anak cerita ada tok wan lah paklang lah, pakcik lah yang duk bawak depa jalan pi kedai...hujung-hujung kantoi memang anak tu tau cara bawak keta...
meols suspek mak pak tengah degebak degebuk dalam bilik tak kisahkan anak kat luar...tgh sedap khenss
Quote noor2 11-5-2023 05:08 PM
prince_marhaen replied at 11-5-2023 05:04 PM
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA....beriya mak pak buat voicenote suh anak cerita ada tok wan lah paklang lah, p ...

Laaaa..voicenote tu mak dia ke yg tanya tu....hmmm
Quote mejaputih 11-5-2023 05:10 PM
demi nk tutup kesalahan mak pak, kesian lembaga tok wan kena fitnah...kenapa tak buat cerita tok mahsuri terus?
Quote melekaifc 11-5-2023 05:11 PM
budak ni boleh diketengahkan jadi pemandu F1 melayu kedah pertama di dunia. soh sanusi sponsor budak ni. boleh buat modai PRN
Quote awanearisu 11-5-2023 05:11 PM
Memang patut pun dakwa ibu bapa. Budak 6 tahun, belum mummayiz pun. Masih belum boleh bezakan baik dengan buruk.
Quote jfq 11-5-2023 05:22 PM
Kerlas kau dik
Siap boleh bagi demo kat polis camna nak start kereta tukar gear bagai
Quote fazzrules 11-5-2023 05:26 PM
So sapa2 yg bekap budak2 ni ada unsur mistik mmg palui..hahahaha..msh terasa kelucuan kat IG td sampai reverse jadi reserve, reserve
Quote matamata 11-5-2023 06:00 PM
Lepas ni baik korang simpan kunci kereta dgn kunci pagar dlm peti besi....mana la tau kalau2 kena kat korang pulak....biasa kunci kereta campak atas kabinet je kan? Takpun gantung kat kotak kunci...
Quote alesandra 11-5-2023 06:01 PM
Tongong punya makbapak.
Quote nakkomenjugak 11-5-2023 06:04 PM
seeeee?
accountability ni ibarat kryptonite yachhh untuk parents2 sebegini
Quote Kitty_catz 11-5-2023 06:04 PM
Edited by Kitty_catz at 11-5-2023 06:42 PM

yihh smer nak di mastika-kan...

ShopeeLink_Mastika.JPG

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.052484 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top