CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 11 Tahun Miliki IQ Lebih Tinggi Dari Einstein, Kerja Dengan Agensi Angkasa Mexico

11-5-2023 04:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1194| Komen: 22

Seorang kanak-kanak autistik di Mexico dilaporkan memiliki tahap IQ lebih tinggi daripada Albert Einstein.

Adhara Perez Sanchez, 11, menamatkan pendidikan sekolah menengahnya sebelum usianya tujuh tahun dan berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana.



IG

Dia mendapat markah 162 yang mengagumkan dalam ujian IQ iaitu lebih tinggi daripada ahli fizik terhebat, Stephen Hawking.

Dia bakal dianugerahkan ijazah sarjana dan kini bekerja dengan Agensi Angkasa Mexico untuk membantu mempromosikan penerokaan angkasa lepas dalam kalangan anak muda.

Adhara mengambil Ijazah Sarjana Sistem dan Kejuruteraan industri dengan pengkhususan Matematik dari Universiti Teknologi Mexico, menjadikannya menonjol daripada individu seusianya.

Namun, perjalanan hidup kanak-kanak dari Mexico City itu tidak mudah apabila dia bukan pernah diabaikan guru apabila bakatnya gagal dikesan, malah dibuli rakan sekelasnya.


Pada usia tiga tahun dia disahkan mengalami kecacatan perkembangan selepas pertuturannya merosot dengan ketara.

Ibunya, Nayeli Sanchez berkata, anaknya itu terpaksa bertukar sekolah sebanyak tiga kali kerana masalah di sekolah.

"Guru-guru tidak begitu empati. Dia mula mengasingkan dirinya dan tidak mahu bermain dengan rakan sekelasnya kerana dia berasa pelik dan berbeza.

"Dia sangat tertekan. Orang lain tidak mempunyai empati, mereka mengejeknya," katanya kepada majalah Marie Claire Mexico.

Dalam pada itu, Adhara memberitahu Goalcast dia belajar bersungguh-sungguh kerana mahu menjadi angkasawan dan menjelajah angkasa lepas termasuk Marikh.

Tahun lalu, Universiti Arizona di Amerika Syarikat menawarkannya biasiswa dalam bidang astrofizik, namun kerana masalah visa yang dihadapinya menyebabkan dia terpaksa menangguhkan pengajiannya.



Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 11-5-2023 04:45 PM
Edited by B40tastePosh at 11-5-2023 04:47 PM

Jarang orang Melayu kita otak camni ...orang Melayu kita ramai hisap ice, rempit dwn masih mengharapkan kerja dgn gaji minimum akibat tidak berpelajaran peringkat tertiary...ada juga orang Melayu dibawah gaji minimum (underpaid) akibat tidak berpelajaran...maka dihambakan oleh Tauke² China.
Quote missbigrockstar 11-5-2023 04:50 PM
Ni mcm Sheldon Cooper lah kiranya
Quote Rdizz 11-5-2023 04:57 PM
Bdk 6 th langkawi yg bwk kereta tu mak pak dia berangan ank pndai camni kot, yg puji bijak haha

Sgt lah otak herottt
Quote noor2 11-5-2023 04:57 PM
Kat Malaysia budak umur 6 tahun terer bawak kereta ...sampai rosak kereta tu
Quote Rdizz 11-5-2023 04:59 PM
noor2 replied at 11-5-2023 04:57 PM
Kat Malaysia budak umur 6 tahun terer bawak kereta ...sampai rosak kereta tu

Hahaha

Itu lah kebanggaannya. Mak pak berangan masuk news paper masuk tv diinterview live
Quote nw111 11-5-2023 05:00 PM
Cuba test iq bdk 6thn yg bawak keter kat langkawi smlm...bkn setakat terer bawak keter...terer jugak reka cerita mistik pakcik bulu segala bagai..
Quote ifanonline 11-5-2023 05:03 PM
missbigrockstar replied at 11-5-2023 04:50 PM
Ni mcm Sheldon Cooper lah kiranya

i was thinking the same...brain and talent perlu di latih sedari awal usia...sayang kalau tidak ditemui lebih awal
Quote cmf_premierleag 11-5-2023 05:04 PM
B40tastePosh replied at 11-5-2023 04:45 PM
Jarang orang Melayu kita otak camni ...orang Melayu kita ramai hisap ice, rempit dwn masih mengharap ...

pastu depa ni gak yg duk la kutuk2 cina
padahal keje jaga cashier,barister,jaga stor kt starbucks (berjaya group), family mart (QL Resources) tukang jaga kaunter tiket sunway lagoon (sunway bhd)
depa lupa sapa owner2 tmpt depa keje
maklumlah mmg bodoh dr skolah lg kan
Quote shernazz 11-5-2023 05:06 PM
Jurusan astrofizik ni mcm malaysian ada yang ambil kan...
Indian tak silap..pompuan..
Apa sebab iols ingat dia ek? Haha..sebab dia amek angkasawan ke apa tah ...
Yang pasti masa TU iols Masih bersekolah
Quote Dwdrum 11-5-2023 05:07 PM
Rdizz replied at 11-5-2023 12:57 AM
Bdk 6 th langkawi yg bwk kereta tu mak pak dia berangan ank pndai camni kot, yg puji bijak haha

Sgt ...

Aku rasa budak 6yo itu cerdik.. Ko 6 yo masih di level mana?

Heshe boleh berfikir and manage untuk control big machine
Quote mejaputih 11-5-2023 05:48 PM
yg budak 6 thn tu boleh try apply test Mensa...adik dia pun sama sbb mampu menjalankan operasi terima arahan dlm situasi tersebut.
Quote noor2 11-5-2023 05:54 PM
Dwdrum replied at 11-5-2023 05:07 PM
Aku rasa budak 6yo itu cerdik.. Ko 6 yo masih di level mana?

Heshe boleh berfikir and manage unt ...

Ai rasa budak tu x cerdik sb yg cerdik akan takut bahayakan nyawa...budak2 normal takut sb tahu tu bahaya...
Quote matamata 11-5-2023 05:56 PM
Nasib baikla ada yg dapat kesan kecerdikan anak ni, kalau tak mmg tak ke mana la
Dia dah ada talent...cuma yang dia perlu ialah peluang
Quote plywood 11-5-2023 06:15 PM
B40tastePosh replied at 11-5-2023 04:45 PM
Jarang orang Melayu kita otak camni ...orang Melayu kita ramai hisap ice, rempit dwn masih mengharap ...

                              

Quote plywood 11-5-2023 06:17 PM
nw111 replied at 11-5-2023 05:00 PM
Cuba test iq bdk 6thn yg bawak keter kat langkawi smlm...bkn setakat terer bawak keter...terer jugak ...




Quote plywood 11-5-2023 06:23 PM
Hebat... ini aku rasa pure talentlah.. belajar skit otak tu dah boleh masuk beberapa dimensi ilmu

Memang dkurniakan tuhan dengan dicetak pada dna mereka adalah budak exceptional...  

pendapaat aku sekarang ianya tak boleh dicipta atau dihasilkan melalui program yang dihasilkan dari kajian... mungkin boleh menghampiri dan perlu usaha gigih tetapi tak akan sebagus spt ini..
Quote Dwdrum 11-5-2023 06:26 PM
noor2 replied at 11-5-2023 01:54 AM
Ai rasa budak tu x cerdik sb yg cerdik akan takut bahayakan nyawa...budak2 normal takut sb tahu tu ...

Self awareness untuk 6yo selalu nya di ajar oleh parents ada yang di sakiti.. Ugutan.. Marah etc.... mostly involved physical pain/abuse juga untuk budak realise dengan experiences..prolly case begini parents tidak aware yang budak ada courage untuk buat... Focus di sini budak ini ada ability untuk ber fikir or copy untuk buat seperti adult buat if involve tentang  technical cara dia manage solve the problem... Sama saja seperti di sekolah tidak semua budak ada ability untuk jawab mathematic if sama.. Masih ramai yang lemah mathematic
Quote Samerosie 11-5-2023 06:49 PM
Oh savant budak ni.
Quote Samerosie 11-5-2023 06:52 PM
Dwdrum replied at 11-5-2023 05:07 PM
Aku rasa budak 6yo itu cerdik.. Ko 6 yo masih di level mana?

Heshe boleh berfikir and manage unt ...


I tak rasa dia cerdik apa.  Just dia belum aware of takut, sakit etc yet.  Like any other kids this age, derang akan ingat dgn benda2 yg interests them mcm gaming.  Otherwise, budak2 kampung yg umur 5-6 tahun yg dah bawa motor serata kamoung tu pun cerdik la walaupun bila sekolah end up kelas belakang.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.070889 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top