CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Nak Taja Majlis Kahwin, Bukan Tak Sudi Tapi Syafiq Kyle Ada Sebab Tolak

11-5-2023 04:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 932| Komen: 7

Walaupun dihampiri banyak tawaran penajaan beberapa pihak yang menawarkan peluang berkolaboratif untuk sama-sama meraikan hari bahagianya, pelakon popular Syafiq Kyle memilih untuk lebih selektif dan menolak beberapa tawaran penajaan yang dirasakan tidak sesuai.


“Memang ada beberapa pihak ingin memberikan tajaan dalam majlis perkahwinan, tetapi saya perlu selektif atas beberapa sebab.


IG

“Ada yang saya perlu tolak tajaan mereka dengan alasan yang tertentu, bukan tidak sudi, tetapi macam saya katakan disebabkan hal tertentu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dalam masa sama, bakal suami kepada pelakon Mimi Lana itu bersyukur apabila segala persiapan hari bahagianya sudah 100 peratus selesai.

“Semuanya memang 100 peratus sudah disempurnakan supaya nanti tiada perkara tertinggal sebelum majlis kami berlangsung.

“Saya perlu selesaikan segera semua perkara kerana sepanjang bulan hadapan saya terlibat dalam sebuah penggambaran yang memerlukan tumpuan penuh.


“Setakat ini memang tiada banyak perkara yang dikongsikan tentang majlis kerana saya lebih fokus kehidupan selepas berkahwin,” jelasnya.

Ditebak mengenai tahap keselesaan pelakon drama One Cent Thief, Syafiq menganggap dirinya sebagai manusia biasa yang masih terasa jika sering diajukan soalan tentang perkahwinan.


IG

“Jangan tanya rimas atau tidak kerana saya manusia biasa. Ada benda yang saya sudah jawab berkali-kali.

“Saya pun sendiri memuat naik gambar Mimi. Isunya sekarang apabila soalan yang diajukan tetap sama.

“Tiada isu saya rimas, tidak mahu jawab atau tidak suka soalan perkahwinan kerana segala hal tentang perkahwinan turut saya kongsikan dalam Instagram,” jelas aktor itu.

Sebelum ini, pemilik nama lengkap Mohd. Syafiq Shamim Abdul Razak memaklumkan bakal menamatkan zaman bujang selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pada 21 Januari lalu, Syafiq bersama keluarganya merisik Mimi dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup.



Pasangan sama cantik sama padan itu mula berkongsi tentang hubungan istimewa mereka sekitar tahun 2019.

Walau bagaimanapun, sekitar Mei 2020, hubungan mereka dikatakan putus sebelum kembali terjalin beberapa bulan kemudian. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 11-5-2023 04:29 PM
Cantiknya mimi
Quote riyadhK 11-5-2023 07:19 PM
Syafiqqqq belakang la sikit
Quote jambatannetizen 11-5-2023 07:21 PM
Tengok mimi pakai skirt pink tu. Halus betul kaki dia! Peha dia halus nak mati. Dia exercise ke?
Quote Piramida 11-5-2023 07:54 PM
Buat sendiri lah syafiq... Duit pun ada.
Nikah ni eloklah pun duit usaha sendiri.
Quote MatDeghem 11-5-2023 08:09 PM
Kalau di taja....majlis nanti jadi macam majlis memey/Norman, nenek dangdut baju belon...lagi Sapa?
Quote jambatannetizen 11-5-2023 08:10 PM
MatDeghem replied at 11-5-2023 08:09 PM
Kalau di taja....majlis nanti jadi macam majlis memey/Norman, nenek dangdut baju belon...lagi Sapa?

Lagi pun kalau taja rase mcm tak berkat. Guna duit sendiri lagi afdhal, rase berkah
Quote dudaberhias 11-5-2023 08:10 PM
Kalau ada yang nak taja... Taja extensions je lah atau minyak2 yang mampu memanjangkan tu. In return capii bagi review before n after siap ajar macam mana nak urut dan pakai cc @Themilo @kurex

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.196875 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top