Yuna mendedahkan bintang popular antarabangsa, Biilie Eilish pernah memberi hantaran mesej di akaun Twitter miliknya. “Rasanya pada 2016 saya membuat persembahan di Camp Flog Gnaw Festival tetapi saya tidak memeriksa DM Twitter saya pada ketika itu. Pada ketika itu juga saya baru sahaja follow Billie dan dia juga masih baru dalam industri.
“Saya mendengar lagunya pada ketika itu iaitu Ocean Eyes dan saya menyukainya. Tetapi dua tahun kemudian saya periksa kembali DM saya dan saya terjumpa mesejnya yang berbunyi, ‘I’m a huge fan. I’m a 14 year old singer. I listen to Lullabies. Can I see you backstage?’ and I missed it bro,” kata Yuna menerusi temubual dengan segmen The Jokers in The Morning di stesen radio Fly FM. Namun menurut Yuna dia telah berjumpa kembali dengan Billie dan mereka membikin sebuah lagu bersama tetapi tidak dikeluarkan di mana-mana platform.
Di ruangan komen, rata-rata peminat juga turut kesal dengan perkara tersebut dan mengharapkan agar Yuna akan berkolaborasi bersama Billie. “Too late Yuna, too late. |
sleepandream replied at 11-5-2023 07:55 PM
billie ni skrg ala2 icon rebel bbnu... kalau dolu2 avril lavigne...
tapi dedua nyanyi live tak sebag ...
nakkomenjugak replied at 11-5-2023 06:08 PM
yihhhhhh budak tu skg lagi femes dari kooooo
ko bila nak menang grammy??
Prickford replied at 11-5-2023 06:07 PM
Lah DM masa Billie tu umur 14 & nobody! Ingat baru semalam si Billie tu DM sheolls...
ADVERTISEMENT