CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syafiq Farhain Tak Nak Berhenti Jadi Bomba "Buat Dua Kerja Satu Masa Jamin Masa Depan"

11-5-2023 02:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 958| Komen: 10

Sampai hari ini, Syafiq Farhain masih berkhidmat sebagai anggota bomba di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Katanya dia tidak ada perancangan untuk berhenti sebagai bomba dan fokus menjadi penyanyi sahaja kerana masih boleh menguruskan masa dengan baik.


Foto: IG

“Setakat ni memang tak ada lagi walaupun ada ura-ura mengatakan saya nak berhenti bomba yang mana saya pun tak tahu mereka dengar dari mana.

“Dari mulut saya sendiri memang tak pernah cakap nak berhenti lagi sebab saya boleh buat sekali gus dan masih boleh manage lagi time tu jadi tak ada masalah,” katanya kepada XTRA.



Sementara itu, dia akui melakukan dua kerja dalam satu masa merupakan antara jaminan pada masa akan datang sekiranya tidak berjaya dalam bidang nyanyian.

Namun, anak kepada Allahyarham Saleem ini gembira dengan kedua-dua kerjayanya.



“Sebenarnya, jaminan tu ya juga tapi yang selebihnya tu memang saya minat.

“Walaupun sekarang saya bekerja di office, mana tahu satu hari nanti saya dapat kembali bekerja di balai, padam api dan selesaikan kes-kes.


“Kalau tak kerja duduk rumah mesti bosan. At least kalau tak ada job (menyanyi), saya masih ada kerja,” jelasnya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 11-5-2023 02:50 PM
bodo ler penyu ni kalu benti keje gomen..sah2 la lagu x recognizable pehtu sore cm arwah apak dia..
Quote prince_marhaen 11-5-2023 04:27 PM
takyah la benti....awok tu pun sendu je...suara pun takleh gi jauh sengau-sengau saleem yang dibuat-buat tu... cakap pun pelat tganu sangat.. pastu dah kawin pun acah-acah sorok.... wajah pun biasa-biasa jek... dah dapat kerja opis bersyukur lah 9-6 kan..takde shift bagai jap lagi kecoh lak sibuk nak tukar shift sbb ada show yang tak seberapa tu...
Quote cmf_premierleag 11-5-2023 04:45 PM
bagus la dik.
pencen pun dpt...kuarters pun dpt..idok le duk merempat mcm retis lain
Quote KucingBisu 11-5-2023 04:47 PM
bagus ler tu. jadi retis bukan menjamin masa depan sgt punnn.
Quote cik_ingeniare 11-5-2023 05:02 PM
baguslah gitu dik. dunia retis ni kalau tak pandai nak manage, kelaut jadinya.. better la ada pendapatan tetap..
Quote Ferr_Remy 11-5-2023 05:19 PM
Ensem mamat ni tapi sendu abes. X sure silap kt mana. Baik try jadi pelakon kalau sore tak sedap mana sbb heols ensem ????
Quote shida81 11-5-2023 06:00 PM
Mcm ucop wheelchair... Dah elok kj gomen pangkat beso.. Resign sbb nk full time belakon.. Rugi je
Quote kerani_je 11-5-2023 06:06 PM
Syg bakat nye x dpt menandingi arwah ayahnya. Serupa mcm anak2 tok jamal. Masing2 berlumba nk jd mcm ayah. Tp tetap x jadi jgk ngikut kegemilangan ayah masing2. Tetaplah sendu hanye mampu masuk realiti tv je la diorg ni big stage n family duo. Tu je la pencapaian anak2 artis skrg. X bleh nk g jauh. Suara pun so so je.

Syafiq ni hensem jgk cuma mcm x berape ada aura. Elok la jd bomba je la sado2 gitu. Syg jgk die kawin awal sgt dgn perempuan mne2 ntah. Elok die all out mendonia dulu kaw kaw n cari bini influencer ke instafemes yg wangi2 ckit.
Quote rosedemon 12-5-2023 08:19 AM
ckp jela ko sendu n misken
Quote Fly_over 12-5-2023 08:31 AM
pilihan bijak. kawan iols laki bini behenti kerja gomen nk buat bisnes. last2 kelaut bercerai berai. 1 pasangan lg kerja gomen gred rendah je buat bisnes smpi kaya. kerja gomen xlepas

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.075844 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top