Fatin Afeefa selamat mengerjakan ibadah Umrah buat pertama kali bersama suami tercinta, Aliff Awang. Bagaimanapun ada yang mempersoalkan mengapa dia tidak membawa dua orang anaknya itu ke tanah suci Makkah.
Menerusi Live baru-baru ini, Fatin berkata waktu itu tidak sesuai untuk membawa anak-anaknya memandangkan terlalu ramai jemaah pada malam 10 terakhir Ramadan. "10 Ramadan terakhir adalah waktu yang paling tak bagus bawa budak-budak sebab saya tinggi yang 157cm pun kena penyek, dan saya memang tak boleh nak bernafas ketika tengah tawaf. "Dan bayangkan kalau anak-anak pula. Saya ini pun tak boleh nak bernafas sebab orang tinggi-tinggi tutup saya. Anda boleh bayangkan tak budak-budak tercungap-cungap mencari udara sebab tak ada ruang bernafas. "Jadi, saya rasa ia satu keputusan yang bernas tak bawa mereka pada 10 Ramadan terakhir.
Tambahnya dia tidak mahu ibadahnya terganggu sekiranya berlaku insiden yang tidak sepatutnya melibatkan anak-anaknya di sana. "Saya mungkin akan bawa mereka bukan waktu Ramadan. Kalau bawa, saya tak fokus ibadah, saya akan fokus tengok anak, takut hilang sebab ramai gila. "Tahun ini, 10 malam terakhir Ramadan ada 7.4 juta orang ada di Masjidi Haram, anda bayangkan kalau hilang anak saya dekat situ. Saya sendiri banyak kali terlepas tangan suami dekat dalam itu dan hilang. "Bayangkan kalau anak, menangis air mata darah, solat pun tidak, mencari anak saja. Mula saya sedih, kenapalah tinggalkan anak-anak.
|
MissVixen replied at 11-5-2023 02:55 PM
Susah kalau nak berkepit dan tak nak berpisah bila jalan. Dah macam jemaah dari indon sana. Pegang t ...
ADVERTISEMENT