Sajat sekali lagi meraih perhatian selepas bercerita tentang perangai penyondol. Dia menyatakan penyondol lagi teruk dari hantu kerana tidak faham bahasa. Menerusi potongan sesi ‘live’ Sajat yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, dia memuji sifat hantu yang faham bahasa bukan seperti penyondol sekarang tidak tahu malu.
“Hantu ni macam mana pun dia faham bahasa.kalau orang tak suka, dia blah. Manusia tak suka, lagi canak dekat depan mata tu. “Tambah-tambah penyondol, lagi kita kata jangan kacau laki kita tau, lagi dia menyondol lagi laki orang. Ha itulah perangai orang sekarang tak reti malu. “Hantu kau nampak, kita baca surah rukiah ke apa lari. Kalau manusia, kau baca surah rukiah ke apa ke pergi mamp*s, dia kata kalau selagi aku tak dapat hal aku, aku nak juga,” katanya di potongan sesi ‘live’ tersebut.
Perkongsian tersebut membuatkan ramai warganet terhibur malah, ada yang mengatakan nasihat Sajat sangat menusuk kalbu para pengdengar. “Tak pernah tak kelakar si Sajat ni. Lawak. Nasihat kau Sajat, terkadang menusuk dikalbu. Ada yang terasa tapi buat-buat takr eti. Bebel kau memang padu,” ujar netizen.-CARI Sumber: XTRA
|
ADVERTISEMENT