Seorang pemuda dikenali sebagai Amirul Abraham meluahkan rasa terkejut apabila salah seorang tetamu di rumah terbuka rakannya begitu lantang mengkritik setiap perkara yang dilihatnya. Warna cat dinding pun tidak ketinggalan menjadi bahan celotehnya.
"Tuan rumah jemput mereka masuk, selepas salam peluk, cium... seorang tetamu wanita yang baru sampai mula complaint 'kenapa pakai cat warna ni? Kan elok warna putih'," luahnya. Bukan itu sahaja, wanita tersebut juga menyatakan warna yang dipilih itu tidak bersesuaian dengan langsir selain turut menegur lampu yang berwarna oren. Malah katanya, sofa yang diletakkan di ruangan hadapan untuk keselesaan tetamu juga dipertikaikan. "Sofa ni patut alih ke belakang, nanti tumpah makanan susah mahu cuci," katanya. Menurut Amirul Abraham lagi, wanita itu juga dikatakan terus menegur setiap perkara yang tidak kena pada pandangannya dengan lantang dan kuat.
"Berubah muka kawan aku, suami isteri. "Tak tahu apa hubungan wanita ni dengan mereka, aku kalau boleh bau-bau bacang pun tak mahu dengan orang macam ni," luahnya lagi. Disebabkan situasi yang tidak dijangka itu, dia mengakui tidak berselera untuk terus menikmati juadah yang dihidangkan. Tambahan pula wanita yang bermulut 'lazer' itu sendiri tidak kelihatan terurus. "Complaint rumah orang macam itu ini, make-up sendiri pun compang-camping tona warna tidak sekata. "Berdosanya aku jika terus berada di sini," ujarnya yang terus minta diri dengan tuan rumah untuk segera pulang. Perkongsian Amirul Abraham ternyata menarik perhatian warga maya yang rata-ratanya turut berasa geram dan marah dengan sikap tetamu wanita berkenaan. "Akak pernah kena masa anak-anak kecil dulu. Rumah tak banyak barang tapi basikal dan mainan bersepah atas lantai... dinding penuh mural, kena sound rumah daif. "Itu biasa... mana-mana tuan rumah akan dapat tetamu mulut 'puaka' macam tu. Sejenis yang tak reti cermin diri. "Aku orang macam ni memang malas dah nak ajak datang rumah. Kalau dia nak datang pun aku cakap tak ada dekat rumah. "Paling tak suka orang komen rumah kita... nak komen-komen belakang tak apa, aku tak kisah. Aku yang nak pandang dan duduk hadap 24 jam, takkan nak ikut cita rasa orang pula," ujar beberapa warga maya. -CARI Sumber: mStar
|
noor2 replied at 11-5-2023 03:20 PM
Isu semasa ke ni ...
pooh~key replied at 11-5-2023 03:32 PM
Ya sissy akak jua rengsa yach dengan jurnalist2 jaman sampah ni yach sissy. Bendaaaaaa macam ni ja ...
Themilo replied at 11-5-2023 12:45 PM
biasanya weols yang insecure dengan keadaan rumah sendiri kalau time raya. minta dijauhkan laa dari ...
_blackbird replied at 11-5-2023 04:08 PM
aku, tak kisah la gi rumah org ke, naik kereta org ke, rumah / kereta org tu bersih ke kotor ke bau ...
Samerosie replied at 11-5-2023 08:20 AM
Kitarang learned our lessons la. Masa kecik2 pergi beraya belah sedara arwah my dad memang ulu ba ...
ADVERTISEMENT