CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Untung Zizi Kirana- Yusuf Bahrin Selalu Ingat Mati, Dekatkan Diri Dengan Ustaz-Ustaz

11-5-2023 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 804| Komen: 7

Kehidupan Yusuf Bahrin sebagai pelakon perlahan-lahan berubah selepas dia mula mendekatkan diri kepada Allah dan pada masa sama menggali ilmu untuk menjadi bekalannya di akhirat.

"Setiap manusia, Allah ciptakan dengan ujian dan rezeki yang berbeza. Kita sebagai manusia kena percaya takdir hidup kita sebab Allah dah tentukan awal lagi takdir kehidupan hamba-Nya. Jadi, kita perlu tahu bagaimana untuk kita atur kehidupan kita.


Foto: IG

"Saya bukan orang yang baik. Kalau Allah buka aib saya satu-persatu, kalau Allah zahirkan aib dan dosa saya dalam bentuk bau, takkan ada orang nak dekat dengan saya sebab bau busuk dosa-dosa saya. Tapi, Allah tutup aib kita.

"Penghijrahan saya adalah antara saya dengan Allah. Saya bukan jenis yang nak bercerita mengenai perkara ini. Tapi, mungkin boleh untuk dijadikan pengajaran buat diri saya sendiri dan kawan-kawan," katanya kepada Harian Metro.


Tambahnya, "Apa yang boleh saya katakan, jadi diri kita sendiri sebab hanya kita tahu mengenai diri kita. Sama ada kita nakal ke, gila-gila ke, kita saja yang tahu. Tapi, pada masa sama kita kena tahu batasannya.



"Kehidupan saya sebelum ini pun huru-hara dan tunggang-langgang juga. Tapi, bila difikirkan semula, sebagai manusia ada dua saja dalam kehidupan kita iaitu hidup dan mati," katanya.

Dek kerana sedar akan kekurangan ilmu dan bekalan untuk akhirat, pelakon drama bersiri Jesnita dan Special Force Anarchy ini mendekatkan diri dengan mereka yang berilmu.


"Andai kata kita mati tanpa melakukan apa-apa (amalan), rugilah. Sama seperti kalau kita nak pergi bercuti, tapi tak bawa bekal seperti pakaian dan makanan. Tentunya akan susah juga.

"Jadi, apa yang saya selalu ingatkan kepada diri sendiri adalah saya kena ada bekalan walaupun sedikit untuk menghadapi kematian. Semoga Allah nampak bekalan saya yang sedikit ini dan Allah terima.

"Kerana itu saya belajar mengenai ilmu agama sebab saya tak banyak ilmu. Pada masa sama, untuk belajar saya dekatkan diri dengan orang yang berilmu seperti ustaz," katanya.



Bergelar suami penyanyi rap, Zizi Kirana, Yusuf tidak pernah mengarah atau menekan isterinya untuk mengikut corak kehidupan yang dia mahukan, sebaliknya menunjukkan contoh terbaik.

"Kalau bercakap mengenai membentuk Zizi, sebenarnya dia menjadi diri dia. Saya tak ada membentuk atau menyuruh dia berubah mengikut acuan yang saya makukan. Apa yang berlaku, itu diri dia.

"Dia sendiri tahu apa yang dia kena buat. Saya cuba tunjukkan contoh keperibadian saja kepada dia. Secara tak langsung, saya mendidik isteri saya melalui diri saya.

"Contohnya, kalau saya buat benda baik, saya harap dia akan ikut. Kalau tidak, ia refleks kembali kepada diri saya sebagai suami," katanya.



Disebabkan itu, Yusuf sentiasa mengingatkan dirinya untuk tidak melakukan perkara negatif di belakang isterinya.

"Sebab itu saya sentiasa beringat. Andai kata saya melakukan sesuatu perkara tak baik di belakang dia, mesti Allah akan balas.

"Adakah saya boleh terima sekiranya dia buat benda sama di belakang saya? Mesti saya tak boleh terima. Jadi, saya sentiasa fikir dan beringat," katanya.

Proses penghijrahan untuk individu yang bekerja dalam industri seni hiburan tanah air tentunya satu perjalanan sukar dan perkara itu tidak dinafikan oleh Yusuf.

"Sebagai pelakon, saya mengaku dalam dunia hiburan ini, cabaran untuk kita sebagai umat Islam sangat besar.

"Kita berhadapan satu suasana di mana pergaulan itu ada batas dan ada ketikanya tiada batas. Kita boleh bertegur sapa dengan sesiapa saja yang kita nak.

"Saya tak nafikan, mengeratkan silaturahim itu adalah satu perkara yang baik. Cumanya bagi insan yang imannya lemah seperti saya, saya kena selalu beringat," katanya.

Yusuf sebagai suami sentiasa mengelak daripada terbabit dalam situasi yang akan menimbulkan fitnah.

"Kalau ada benda tak sepatutnya berlaku di set, cari tempat yang ada ramai orang supaya tidak timbul sebarang fitnah.

"Saya sentiasa berdoa supaya Allah melindungi saya daripada perkara yang tidak diingini dan tidak sepatutnya. Insya-Allah, saya cuba sebaik mungkin untuk elakkan, selagi mampu," katanya.

Selain itu, Yusuf juga selesa untuk berterus terang kepada produksi yang mengambilnya bekerja mengenai batasan dan had.

"Saya jenis berterus terang kepada produksi. Sekiranya ada babak yang menurut saya tidak sesuai dengan prinsip saya. Saya juga akan beritahu batasan saya sebagai pelakon.

"Setakat ini, tak menjadi masalah kerana produksi juga faham. Jadi, mereka akan olah semula mengikut kreativiti pengarah dan penulis skrip," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 11-5-2023 10:00 AM
Ok nexttt

Dah boleh pencen jadi retis
Quote cantthinkofany 11-5-2023 11:12 AM
time to cari rezeki di bidang lain la kot....
Quote 3chanceno 11-5-2023 11:15 AM
Stop lah nyanyi kalau dah berkelubung.
Quote Rogue98 11-5-2023 07:44 PM
Ada job ke atau jadi biawak jer. Takyah lah request mcm2...kau solat on time ...jaga maruah dah lah..
Quote rosedemon 12-5-2023 08:15 AM
euuwwwww like euwwwwwww
Quote hokeypokey 12-5-2023 08:32 PM
geli aku baca

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.033463 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top