CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aaron Aziz Mengaku Salah, "Tak Masuk Akal Nak Seksa Kucing, Saya Pun Bela 9 Ekor Di Rumah"

11-5-2023 09:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1294| Komen: 14

"Harap pihak produksi akan bersuara," kata Datuk Aaron Aziz berhubung keterlanjuran tindakannya menakut-nakutkan kucing dengan meletakkan ular di atas sangkar haiwan kesayangan ramai itu.

Aaron dia dinasihatkan peguamnya untuk tidak memberi sebarang komen lanjut berkenaan perihal terbabit.

Foto: kosmo

“Saya dah dinasihatkan peguam untuk tidak bercakap apa-apa. Apa yang nak diperkatakan, semua dah ada dalam Instagram saya.

“Bukan nak cakap saya teruk dikritik netizen tapi saya ambil langkah berjaga-jaga apa akan berlaku selepas ini.

“Peguam saya cakap, lebih baik jangan cakap apa-apa. Saya dah beri keterangan (dalam video dimuat naik dalam media sosial). Saya dah bela diri dalam video yang dikongsi,” katanya.



Dia juga tidak mahu apa yang berlaku membebankan emosi anak-anaknya yang kian membesar.

“Saya juga fikir tentang anak-anak saya mereka semua sedang jalani peperiksaan. Seorang di Jepun. Saya tak nak mental dan emosi mereka diganggu.

“Tak masuk akal saya nak seksa (kucing). Sebab 25 tahun saya jaga kucing sendiri. Harap pihak produksi akan bersuara.

“Sebab macam saya yang letak, saya yang semua itu. Saya cuma nak pertahankan diri. Harapnya, esok ke bila-bila, siapa-siapa dari pihak produksi dapat terangkan apa sebenarnya yang berlaku,” katanya yang memiliki sembilan ekor kucing di rumah sebagai haiwan peliharaan.



Terdahulu, Aaron membuat siaran langsung dalam aplikasi TikToknya sambil melakukan aksi meletakkan haiwan liar iaitu ular di atas sangkar kucing.

Perbuatan tersebut mendapat perhatian segelintir pihak termasuk Persatuan Haiwan Malaysia yang sangat peka dengan isu penyeksaan haiwan.

Menerusi Instagram, Aaron mengaku salah atas tindakannya memuat naik video live memaparkan dia meletakkan seekor ular sawa berdekatan sangkar menempatkan beberapa ekor kucing.



Bagaimanapun, dia kesal kerana dipersalahkan tanpa usul periksa dan menegaskan bahawa, video dikongsi adalah adegan untuk sebuah penerbitan yang tidak didedahkan judul atau produksinya.

“Silap saya buat live, mungkin saya ghairah kerana kali pertama berlakon dengan ular.

“Tapi, pertanyaan saya kepada pemilik ular (berlesen) tentang keadaan kucing tidak ditunjukkan.


“Saya diberitahu ular tersebut makan arnab, bukan kucing. Tapi, memang salah saya sebab kongsi video itu,” katanya.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 11-5-2023 09:42 AM
aaron pn dh ghairah nak upload medsos...

Quote rosedemon 12-5-2023 08:15 AM
balasan gadoh ngn samdol ke
Quote laksmanabentan 12-5-2023 08:58 AM
lps tu suara buat ala2 manjaaa....
yucckksss....
Quote marchikobonzo 12-5-2023 10:45 AM
Aah..apasal tak condemn sekali owner ular tu..
Quote OsHiN_hOnEy 12-5-2023 11:09 AM
dekni ni kan
bkn slipped disc jer kot
dgn mulut and his brain also
perlu ker semua benda nak mencapub?
mmg gini ker dah tua2 membebel2 mcm pakcik void deck?
adiporn spender bergulung tu takda lar mcm dekni
kerja asik memekak jer
gila
Quote che-cikL 12-5-2023 03:19 PM
Diyana ni dia seorang je ke dlm Malaysia ni jadi pengurus kepada suami retis?
Quote dudaberhias 12-5-2023 03:27 PM
Dari kau sibuk mengulas dan merempan isu kucing ni baik ko suruh bini kelab taat somi ko tu share resipi kuetiaw goreng gigi pelesu tu. Supaya boleh la ada penyondol baru menyondol si sol dan jadi madu kepada birah. Biar penyondol rasakan di sondol plak. Harap2 madu baru cantik macam DD dulu2. Meskipun taste sol tu hanya taraf2 level jin sungai klang. Paling penting yang pemalas dan tak pandai buat keje rumah. Sebab si sol yang akan murah hati lipatkan kain baju dan basuh pinggan Ahahahahha.

Quote OsHiN_hOnEy 12-5-2023 03:30 PM
che-cikL replied at 12-5-2023 03:19 PM
Diyana ni dia seorang je ke dlm Malaysia ni jadi pengurus kepada suami retis?

tak lar
ramai lagi isteri yg urus suami
cuma dorg ni family terpaling
sendiri upload, kena maki, mudah sentap
kaitkan anak3 dia nanti terganggu, menangis, mental stress
bini telan ubat penenang, bini kena consult doctor
konon mind so fragile, tapi laki tak reti bahasa suka kaitkan kontroversi basi

ckp anak2 tengah exam, tapi bini ckp anak2 dok baca kat ig

nak nasihat ni dasar boyan cekik celok - anak3 tu are YOUR responsibility
BUKAN netijen yg kena jaga mental health anak3 korg
susah sgt kalu, sumbat ramai2 dlm IMH, sikit2 ugut mental health
besok lusa mereput dlm IMH padan muka

harap animals NGO report dia for that video
Quote Dolmat 12-5-2023 03:34 PM
Edited by Dolmat at 12-5-2023 03:36 PM

Haiiiiiiii lahhhh Aaronnnnnn why lah makin meningkat usia..banyak bunyi.....Aaron..
Hormone dah tak stabilllll.....terlebih cucuk.. terlebih makan ubat... Terlebih sedut Vape...?
Quote duri_durians 12-5-2023 03:48 PM
owner kucing dn owner ular orang sama ke? walaupun hari Jumaat aku jadi tak sedap hati sebab tgk kucing tu bersesak dalam sgkar ramai2. skrg dah lama makin ramai org bela ular dan dorang mmg menagih cari kucing utk dijadikan makanan ular!
Quote Joysparta 12-5-2023 03:49 PM
Dolmat replied at 12-5-2023 03:34 PM
Haiiiiiiii lahhhh Aaronnnnnn why lah makin meningkat usia..banyak bunyi.....Aaron..
Hormone dah tak  ...

Kan..dulu tenang2 jer..

Makin lama makin suka merempan..
Quote rogayahtop 12-5-2023 04:26 PM
sayang binatang tp taknak belajar psl menatang. ramai mcmni nok suka stresskan kucing masing2.
Quote Skyline_84 12-5-2023 04:30 PM
dudaberhias replied at 12-5-2023 03:27 PM
Dari kau sibuk mengulas dan merempan isu kucing ni baik ko suruh bini kelab taat somi ko tu share re ...

Ha ah kan.. Bijak kaka dude.. I likeee... Dh lama trtunggu tunggu resipi kway tiAw singapore samdol tmbah 3 kali itu.....

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.038899 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top