Sebelum ini rambut tersekat di tiang gol, anak Achey sekali lagi meraih tumpuan. Menerusi perkongsian di TikTok, Achey sempat merakamkan gelagat anaknya, Nur Tiara Zinnirah, 5, yang kerap mengikutnya ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.
Malah, melihat reaksi Tiara itu membuatkan warganet terhibur apatah lagi ramai yang boleh ‘relate’ dengan situasi berkenaan. “Ayah okay je nak, okay je,” katanya. Lebih mencuit hati, gelagat Tiara memakai tudung bawal serta mempamerkan muka selamba ketika diusik oleh ayahnya membuatkan rata-rata dalam kalangan mengakui anak kecil itu memiliki bakat melawak sama seperti Achey. -CARI
|
ADVERTISEMENT