Kemunculan Amirah Aqilah dalam live TikTok Farmasi Everlife sebagai host mengejutkan netizen dan menuai kecaman ramai. Bagaimanapun, Amirah tidak peduli dengan tohmahan dilemparkan kerana dia perlu mencari rezeki lain setelah dibuang kerja.
“Saya bukan jenis wanita yang meminta sesiapa. Semua orang berhak mendapat peluang kedua. Saya cuba berubah untuk survive,” katanya. Katanya lagi, peluang yang diberikan oleh Farmasi Everlife kepadanya merubah dirinya.
Kemunculan semula Amirah nampaknya disokong segelintir netizen yang memberikan kata-kata semangat untuknya bangkit semula. Tidak kurang juga yang mengecam pihak farmasi itu kerana seolah-olah mengambil kesempatan dengan apa yang berlaku demi meraih perhatian. Sumber: The Reporter |
ADVERTISEMENT