CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Sedang Memancing Jatuh Tertiarap Penyamun Tekan Kepala, Larikan Proton Saga

10-5-2023 08:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 441| Komen: 4

Polis menahan lelaki dikehendaki polis yang bersembunyi dalam semak di Kampung Sungai Keladi di Kota Bharu jam 3 petang semalam selepas menyamun seorang warga emas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud mengesahkan penganggur itu menyamun seorang pesara kerajaan berusia 68 tahun di Sungai Budor pada jam 11.40 pagi semalam, ketika mangsa memancing di saliran Sungai Budor.



Gambar hiasan

"Suspek dikatakan menekan kepala mangsa hingga menyebabkan warga emas itu jatuh tertiarap sebelum mengambil barangan dan melarikan diri bersama kereta Proton Saga milik mangsa.

"Sebaik laporan dibuat, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan Balai Polis Kota Bharu mengesan serta menahan suspek yang bersembunyi di semak Jalan Kampung Sungai Keladi, kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Mohd Rosdi berkata, kereta dan barangan milik pesara berkenaan turut ditemui.

Katana, ujian saringan awal dadah mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

"Suspek dikehendaki polis bagi kes mencuri beg seorang jemaah lelaki di Masjid Muhammadi di sini, 26 April lalu.

"Dia direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 16 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 380 KK," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 10-5-2023 08:29 PM
Merata2 kaki ais ni. Kat tiktok jantan kat kuching tgk tingtong kacau org tgh drive.
Quote Skuau 10-5-2023 08:42 PM
Edited by Skuau at 10-5-2023 08:45 PM

kes ice ni...payah...sedangkan covid x nampk pung boleh kawal....nak..seribu daya..TAK NAK beribu ribu dah masyuk....ni...
Quote BoongaKertas 11-5-2023 04:55 PM
apa patut kita buat dgn taik dadah spt ni eh? menyusahkan masyarakat lahhhhh. takziah kepada pakcik tu

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.197032 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top