Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed menegur penyanyi popular Casablanca, Naufal Azrin selepas muncul dalam konsert pertama Big Stage musim ke lima (Big Stage 5) baru-baru ini. PU Syed seolah-olah menegur penampilan Naufal yang mendedahkan dadanya serta memakai rantai dengan mengingatkan supaya tidak menjadi orang lain untuk dilihat cemerlang.
"Ingatan bersama buat adik, @naufalazrin penyanyi Casablanca yang kini menjadi peserta Big Stage 5, tidak perlu menjadi diri orang lain untuk dilihat cemerlang dalam bidang nyayian. "Halal dan Haram jangan dicampur yang akhirnya menyebabkan kita dipandang serong oleh masyarakat," katanya. PU Syed menegur perkara berkenaan dalam satu hantaran di akaun Instagram peribadi miliknya. Tambah PU Syed, sepatutnya Naufal membawa peminat ke arah kebaikkan isiyu jalan ke syurga.
"Bantulah agamamu ini..Bantulah ummat Nabimu Sallallahu 'Alaihi Wasallam.." nasihatnya. Penampilan Naufal dalam program tersebut yang mengenakan sut berwarna merah serta menampakkan sedikit bahagian dadanya yang memakai rantai dan gelang tangan telah mengundang rasa kurang senang warganet. Rata-rata merasakan ia tidak sesuai kerana sebelum ini perwatakannya yang begitu terkenal dengan imej ketuhanan. Pun begitu, Naufal telah pun tampil menjelasakan kepada sebuah portal bahawa dia hanya mengikut konsep persembahannya pada konsert berkenaan. Sumber: Gempak
|
rayna_raynes replied at 10-5-2023 06:55 PM
mcm biasa, PU lebih suka ulas pasal benda luaran semata2 berbanding isu2 sebenar
red_velvet replied at 10-5-2023 07:05 PM
Lol biasa je fesyen dah nopal ni... Dah kenaapa pushit panas montot... Bukan dia tayang kepala lutut ...
tobobon replied at 10-5-2023 09:21 PM
pu ni xde bantah konsert coldplay ka????..heols kan pembantah konsert tegar
Orix replied at 10-5-2023 08:27 PM
iols x paham. apa isunya.... si naufal ni buat apa ??? sebab tayang dada ke ?? dada aurat ke ??? PUn ...
ADVERTISEMENT